Gaya Hidup 18 Jun, 2021

Cadangan TMJ nak 'jaga' Harimau Malaya? 4 jawatankuasa FAM akan nilai dulu! Exco yang putuskan!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this

HAMIDIN Mohd. Amin dan Timbalan Presiden FAM yang juga pengurus pasukan negara, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi (barisan depan, tiga dan dua dari kiri) menyaksikan perjuangan Harimau Malaya dari grandstand Stadium Al Maktoum, Dubai. - Kredit foto: FAM


TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu memikul tugas dalam Harimau Malaya?

Hendak sediakan kemudahan latihan dan jurulatih terbaik tanpa menjanjikan kejayaan segera sebaliknya peningkatan prestasi pasukan kebangsaan? Baiklah, sabar sebentar!

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih punya empat ‘lapisan’ untuk menapis hasrat murni mantan Presidennya itu yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Harimau Malaya

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kiri) menawarkan diri memikul tugas dalam pasukan negara. - Kredit foto FAM


Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM mempunyai tatacara, peraturan serta mesyuarat tertentu sebelum membuat sesuatu keputusan atau ketetapan, kata Presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Empat lapisan itu ialah Jawatankuasa Program Naturalisasi, Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dan Jawatankuasa Eksekutif (Exco), akan menjadikan hasrat TMJ itu sebagai agenda utama mesyuarat masing-masing, tidak lama lagi.

“Saya menjunjung kasih kepada Tunku Ismail dan mengambil maklum tentang cadangan yang dikemukakannya berhubung skuad kebangsaan Harimau Malaya, tempoh hari.

“Walau bagaimanapun, perkara tersebut perlu diperhalusi sebaik-baiknya,” katanya dalam kenyataan media pada laman sesawang dan sosial Facebook rasmi FAM hari ini, Jumaat, 18 Jun 2021.


KESEBELASAN utama Malaysia yang ditewaskan Bahrain 2-0 di Stadium Nasional Bahrain, Riffa pada 28 Mei 2021 lalu. - Kredit foto: FAM


Berkaitan isu pemain naturalisasi Hamidin berkata, sekretariat FAM telah diarahkan mengemukakannya kepada Jawatankuasa Program Naturalisasi bersama-sama Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan serta Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee.

“Kedua-dua jawatankuasa ini akan mengkaji keberkesanan program pemain naturalisasi ini.

“Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM pula akan menunggu laporan penuh pascanilai prestasi Harimau Malaya daripada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan barisan penolong jurulatih selepas berakhirnya tempoh kuarantin pasukan negara sepanjang pusingan pertama (mengalahkan Timor Leste agregat 12-2) hingga pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 (sejak 7 Jun 2019 hingga 15 Jun 2021 lalu).

“Jawatankuasa ini juga akan membincangkan dan memperhalusi persediaan awal pasukan negara bagi menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia mulai Januari 2022,” katanya.

Hasil mesyuarat ketiga-tiga jawatankuasa berkenaan ini kemudiannya akan dibawa ke mesyuarat Exco FAM untuk dimuktamadkan, jelas beliau.


MOHAMADOU Sumareh (duduk) cuba ditenangkan pemain UAE, Walid Abbas Albalooshi, turut gagal menyerlah sepanjang empat perlawanan di Dubai dan Riffa. - Kredit foto: FAM


Tunku Ismail dalam laman sosial Instagram rasminya pada 14 Jun 2021 lalu berkata, “kepada Presiden FAM, saya menawarkan diri untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan),” katanya.

Menyentuh kehadiran pemain naturalisasi dalam skuad Cheng Hoe yang gagal layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China, sekali gus mengakhiri perebutan empat setengah tiket benua itu ke Piala Dunia 2022 di Qatar, kata TMJ: “Saya sarankan FAM tidak beri taraf naturalisasi kepada mana-mana pemain asing dengan sewenang-wenangnya pada masa akan datang, (langkah ini) perlu dikawal dan dibuat analisis secara terperinci oleh jawatankuasa teknikal skuad kebangsaan.

 “Hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang, seperti percutian musim panas. Sistem mesti diubah. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita. Jangan beri sebarangan,” kata Tunku Ismail.


KESEBELASAN utama Malaysia dengan pencapaian terbaik di Dubai, meraih tiga mata menewaskan Thailand 1-0 pada 15 Jun 2021 lalu. - Kredit foto: FAM 


Harimau Malaya sebaliknya perlu bersaing lagi pada pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia  2022 setelah menduduki tempat ketiga Kumpulan G pusingan kedua di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 3 hingga 15 Jun 2021 lalu dengan beroleh 12 mata.

Tiga pemain berstatus naturalisasi ketika Malaysia dikalahkan o9leh tuan rumah 4-0 dan Vietnam 2-1 serta menewaskan Thailand 1-0 ialah Guilherme de Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh yang masing-masing merupakan bekas warga Brazil, Kosovo dan Gambia.


PUSAT Latihan JDT FC di Johor Bahru, Johor menjadi pangkalan latihan pasukan negara pada 22 hingga 28 Mac 2021 lalu. - Kredit foto: FAM


Pasukan kebangsaan juga kata TMJ, perlu mempunyai sasaran yang realistik iaitu selangkah demi selangkah dengan setiap satu positif dianggap bonus namun jika keputusan sebaliknya, FAM perlu terus bekerja keras.

Sehari kemudian beliau (ketika sebagai Presiden FAM dari 2017 hingga 2018) juga mengakui melakukan kesilapan apabila melantik Nelo Vingada atau digelar ‘The Professor’ mengendalikan skuad negara sebelum diambil alih Cheng Hoe pada April 2017.

Jurulatih dari Portugal itu yang gagal memenangi sebarang perlawanan bersama Harimau Malaya katanya dalam satu laman Instagram, “Vingada (satu) kesilapan, saya percaya kepada seseorang jurulatih dari Malaysia dan saya tidak fokus kepada pasukan kebangsaan. Saya terlebih fokus menyelesaikan hutang FAM dan tukar perlembagaan.

"Walau apa pun, suka tidak suka, saya yang terbaik dalam urusan itu. Bukan riak (tetapi) fakta," katanya. - KitaReporters


GUILHERME de Paula (16) bermain dalam kesebelasan utama bagi empat perlawanan termasuk persahabatan menentang Kuwait tetapi hanya mampu menjaringkan dua gol. - Kredit foto: FAM


 LIRIDON Krasniqi (jersi kuning, mengangkat kaki) hanya masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Vietnam dan Thailand. - Kredit foto: FAM

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Akhirnya! Konsert Slam Mentari Muncul Lagi diteruskan! Tertangguh selama hampir 2 tahun!

Peminat kumpulan Slam menanti hampir 2 tahun untuk saksikan Konsert Slam Mentari Muncul Lagi akan terubat apabila konsert itu bakal diteruskan pada 12 Feb 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Akademi Mokhtar Dahari A juara Piala Pra-U! Bolot 4 anugerah! 'Permata' baharu bagi Liga M, IPT!

Pasukan AMD A buktikan kemampuan awal mereka apabila menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Pra-Universiti (Piala Pra-U) 2021 dengan tewaskan MUFT 5-0 di Gambang
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Istimewa daripada Asyraf Nasir! Jangan meninggi diri! 2Pai yang melompat pasti jatuh!

Lagu 2Pai ingatkan bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia satu peringatan supaya kita jangan mudah leka, tak angkuh dan lupa diri - Asyraf Nasir
Fariza Saidin in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Impian Aina Abdul genggam ijazah bidang muzik tercapai! Menanti 5 tahun tamat pengajian!

Aina Abdul kini sudah dapat berbangga dengan miliki ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari (Kepujian) dari Universiti UCSI setelah jalani kuliah selama 5 tahun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Tetamu teruja diberikan ikan laga Siam! Sebagai buah tangan majlis resepsi perkahwinan!

Majlis resepsi perkahwinan di Serpong, Tanggerang Selatan dekat Jakarta agak unik. Tetamu diberikan seekor ikan laga Siam atau ikan cupang sebagai cenderamata
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago