Seni & Sukan 15 Oct, 2020

Amsyar Lee tiru suara penyanyi! Siti Nurhaliza pun dia pulun

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

BAKAT luar biasa seperti boleh meniru pelbagai jenis ton suara adalah anugerah istimewa Allah SWT. Tidak semua orang boleh meniru pelbagai jenis ton suara. Jadi kalau anda memilikinya, anda seorang yang bertuah! Ada ke orang yang boleh meniru pelbagai jenis ton suara? Ya ada, namanya ialah Amsyar Lee. : KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan luar biasa:

https://kitareporters.com/search?search=luar+biasa


Kini video Amsyar Lee meniru pelbagai jenis ton suara sedang tular dalam media sosial kerana keunikan bakat dimilikinya itu. Pemuda tersebut menggunakan laman Twitter untuk menghiburkan orang ramai dengan bakat luar biasanya itu. 


Ramai yang terhibur dengan bakat luar biasa yang dimiliki Amsyar.


Amsyar boleh meniru suara ramai penyanyi terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jacklyn Victor, Elizabeth Tan, Ning Baizura, Adibah Noor, Nabila Razali, Aishah, Ziana Zain dan ramai lagi.

Aksinya yang bersahaja meniru suara penyanyi terkenal itu membuatkan netizen terhibur apatah lagi pada kala musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Aksi lucu Amsyar ketika mengajuk penyanyi Ziana Zain.


Banyak juga video dia mengajuk suara penyanyi-penyanyi terkenal, namun ada satu video yang mendapat lebih daripada 20,000 ulang kicau dan tanda suka.

Video tersebut memaparkan dirinya sedang meniru suara penyanyi-penyanyi terkenal antaranya ialah Siti Nurhaliza dengan lagu berjudul Aku Bidadari Syurgamu.

“Boleh tag tak kawan siapa ni? Muka perlu oksigen, hahaha,” tulisnya.


Kehebatannya tidak ternoktah hingga di situ sahaja, tetapi lebih mengagumkan Amysar adalah seorang lelaki tetapi mampu mengajuk atau meniru suara penyanyi wanita.

Malah, disebabkan itu, ramai yang keliru mengenai jantinanya apabila hanya mendengar suaranya. Mungkin disebabkan itu, Amsyar dalam satu kenyataan, menjelaskan dia adalah seorang lelaki.

“Ya, saya lelaki. Jangan keliru,” jelasnya.


Dalam pada itu, ramai netizen terhibur dan kagum dengan bakat yang dimiliki Amsyar.

“Dia boleh tapau lagu Beribu Sesalan tu senang-senang je kalau karaoke,” tulis salah seorang netizen.


Bagaimana? Adakah anda kagum dan terhibur dengan bakat luar biasa yang dimiliki oleh pemuda ini? 

Jadi, kalau anda tertekan dan bosan duduk di rumah, apa kata korang tonton video-video yang dimiliki Amsyar dalam twitternya ini. Pasti terhibur! - KitaReporters

4
9
1
0
1
You will be interested