Seni & Sukan 27 Sep, 2020

Alyah Dah Insaf? Tak Mahu Gaduh-Gaduh Lagi! Nak cahaya mata!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

PELANTUN lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’, Datin Alyah atau nama penuhnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 39,  nampak gayanya telah menyesali segala perbuatan dan tingkah lakunya selama ini, apatah lagi setelah bergelar isteri kepada komposer terkenal, Dato Ramli MS atau yang lebih mesra disapa ramaii sebagai Tok Ram. Dah insaf ke Alyah? - KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


“Saya berhasrat untuk berhenti menyanyi dalam masa setahun dua lagi dan tumpukan kepada mendalami ilmu keagamaan. Saya sedar telah banyak melakukan kesilapan selama ini,” akui Alyah ketika ditemui sebagai ‘Duta’ Zafesha di majlis pelancaran produk kosmetik itu di Hotel Dorsett, Putrajaya, pada semalam Sabtu, 26 September 2020.

Ditanya respons suaminya, Alyah memberitahu Tok Ram ada bertanya sebab musababnya tetapi setelah diberikan alasan yang kukuh di mana saya mahu mendekati Allah dan mendalami ilmu keagamaan, beliau turut menyokong.

Menurut Alyah, dalam mencapai usia 40 pada 3 Januari tahun hadapan, beliau mahu menumpukan sepenuhnya pada membekalkan dirinya dengan agama kerana pengakhirannya ‘kita akan ke sana jua', katanya yang sudah tiga tahun berubah ke arah itu.



“Kini saya rasa lebih tenang dan saya bersyukur dengan perubahan ini,” ujar Alyah yang tidak lagi mahu memperbesarkan perkara kecil  dalam hubungan rumah tangga mahu pun melatah dengan hasutan orang.

“Jika dahulu, bila marah sikit saya akan melenting dan pos dalam Instagram,” kenang Alyah dalam ketawa kecil menyesali perbuatannya.

Alyah berkahwin dengan Tok Ram pada 18 Mac 2013 di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media.


Dalam pada itu, Alyah turut memberitahu, keputusannya untuk berhenti menyanyi bukan sahaja kerana keghairahan di pentas sudah tiada tetapi antaranya juga disebabkan mahu tumpu kepada menambah keluarga.

“Saya akui sedang berusaha ke arah menggunakan kaedah IVF untuk memperoleh cahaya mata tetapi segalanya bergantung kepada aturan Allah jua. Kita berusia Allah merancang segalanya,” ujar Alyah yang baharu lebih tujuh bulan menghasilkan single terbaharunya, ‘Cintaiku’.

Bercerita lanjut, Alyah memberitahu, apabila kelapangan dan berada di rumah banyak masanya kini diluangkan melayan ceramah agama melalui YouTube  dan itu banyak mengubah dirinya.

Katanya, beliau kini banyak menghafal surah-surah tertentu sambil selalau membaca Al-Quran.

“Mungkin orang nampak penampilan saya ini begini dengan kuku panjang berkilat tetapi itu untuk gaya saya di pentas tetapi yang penting saya rasa lebih tenang dan bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan sejak mendekati Allah,” tambah Alyah jujur.


Dalam pada itu, Alyah menyuarakan rasa terima kasih kepada pengasas produk Zafesha Simply, Afizam Abdul Aziz dan Siti Aisah Muhamad Hamim yang melantiknya sebagai duta pada kala ramai rakan seni yang terjejas ekonomi mereka. 

Alyah memberitahu beliau bersedia menerima pelantikan disebabkan oleh produk organik yang dihasilkan berkesan pada kulitnya apabila digunakan selama dua bulan sebelum itu.

Alyah dilantik sebagai duta untuk tempoh 12 bulan sesuai dengan sasaran Zafesha Simply untuk mencapai 5,000 keahlian ‘drop ship’ menjalang akhir tahun ini. - KitaReporters



4
2
1
1
0
You will be interested