Seni & Sukan 17 Sep, 2020

Yang, you lama tak cakap dengan I! Suami Misha Omar sentap?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Usia perkahwinan penyanyi popular Misha Omar dan suami, Firos Ezzwan Rossly sudah pun memasuki enam tahun. Namun, benarkah suami kepada pelantun lagu Bunga Bunga Cinta ini terasa hati atau sentap dengan Misha? Apakah yang sudah dilakukan oleh Misha sehingga suaminya sentap? : KitaReporters

Misha Omarbersama suami dan dua anaknya.


Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki hasil perkahwinan bernama Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia empat tahun. Selain itu, Misha juga mempunyai anak bernama Muhammad Adam Emir, 15. 

Tapi, angin takde ribut pun takde, tiba-tiba rumah tangga mereka bergoyang? Khabarnya Firos sentap kerana isterinya itu sudah lama tidak bercakap dengannya. Biar betul!

“Yang, you dah lama tak cakap dengan I. You rehat cuma waktu tidur, yang lainnya you berlatih dan banyak diam,” ujar Firos.



Hah, jangan mudah gelabah dan fikir yang bukan-bukan! Sebenarnya rumah tangga Misha Omar dalam keadaan baik sahaja

Menurut Misha dalam media sosialnya, dia kini sibuk dengan projek atau buah tangan terbaharunya berjudul Tanpa Rela. Istimewanya kali ini, Tanpa Rela merupakan lagi single pertama ciptaan Misha sendiri.

Justeru, tidak hairanlah dia begitu fokus dan sibuk bagi memastikan lagu tersebut berada di tahap yang diimpikan. Dek kerana fokus dan sibuk dengan projek ini, Misha akui banyak perkara yang dia terpaksa ketepikan seperti memasak untuk keluarga. 

Malah, suaminya juga berseloroh tentang keadannya dan sebab itu munculnya dialog seperti di atas. Jadi, buat peminat setia Misha Omar, jangan bimbang okay!

Jangan lupa dengarkan lagu terbaharu Misha Omar berjudul Tanpa Rela.


Selain itu, Misha turut berkongsi pengalaman dan situasinya ketika berguru dengan penyanyi Datuk Syafinaz Selamat yang bertidak sebagai guru vokal.

“Siapakah yang bekerja keras dalam aspek vokal di perjalanan Kak Mitch menyiapkan "Tanpa Rela"? Tak lain tak bukan, the one and only Datuk Syafinaz Selamat @datuksyafinazofficial.

“Beliau bertindak sebagai vocal director/styling untuk karya kali ini. Tanggungjawab Datuk amatlah berat memandangkan permintaan Kak Mitch aneh-aneh juga hahaha!! Manusia memang macam tu, mahu apa yang dia mahu sahaja tanpa memikirkan betapa sukarnya proses untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

“Awalnya, Datuk Syafinaz tanya saya, apa yang awak mahu untuk Tanpa Rela? Dengan lajunya Kak mitch jawab "saya mahukan Misha Omar yang berilmu menyanyi, cikgu. Suara dia mestilah fluid tenang bak air mengalir mengalunkan setiap lirik tanpa ada kepayahan untuk menyebutnya.

“Penghayatannya tetap berat tapi biar kedengaran mudah di telinga (ni paling payah nak buat). Selalunya Misha Omar akan kedengaran merentan di beberapa bahagian dalam lagu.

“Bukan kerana penghayatan tapi sebab bahagian tu yang memang susah nak sebut, cikgu hahaha. Beliau tersenyum tenang di kerusi di sebalik keyboard itu mungkin dalam hati dia (you think its easy?) Errr ni kak Mitch ‘fitnah’ agak-agak je tak clarify dengan cikgu pun hahahaha.

“Okay, lets work on it, Misha". lima kelas sepatutnya perlu menghabiskan 10 jam, tapi cikgu bermurah hati menderma satu jam di setiap kelas untuk anak murid dia yang boleh tahan liat telinga dan kebas otak nak paham.

“Selama hampir dua minggu saya elak aktiviti memerlukan perbuatan menyukat, seperti memasak (walaupun tak pandai sangat) sebab bila masak saya rasa ganggu fokus saya dengan teknik-teknik yang baru diaplikasi.

“Tahu-tahu suami saya @firosezzwan cakap "Yang, you dah lama tak cakap dengan I. You rehat cuma waktu tidur, yang lainnya you berlatih dan banyak diam".

“Cikgu, you mean the world to me, terima kasih mendidik saya dengan sepenuh hati, membuka hati dan minda saya untuk terus belajar mencintai ilmu. Saya kira itu adalah kemerdekaan paling berharga pada usia dewasa ini.

“Saya doakan cikgu senantiasa dipanjangkan usia, dilindungi kesihatan dan keselamatannya untuk menyampaikan ilmu buat kami yang memerlukan. Saya sayang cikgu. Halalkan segala ilmu cikgu. Malam ini lagu "KITA" akan berkumandang, cikgu,” tulisnya sebagai tanda terima kasih kepada Syafinaz.


Wah, pasti ramai yang tidak sabar menanti buah tangan terbaharu Misha ini. Apatah lagi Tanpa Rela adalah ciptaan Misah sendiri setelah 18 tahun berada dalam industry muzik tanah air. 

Syabas Misha! - KitaReporters

5
0
0
1
0
You will be interested