Gaya Hidup 15 Sep, 2020

Malaikat Izrail ambil nyawa insan! Siapa ambil nyawa haiwan?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan juga pernah bertugas di majalah Variapop. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf.

Share this

SEJAK kecil lagi kita diperkenalkan dengan nama-nama malaikat dan tugas mereka. Antara malaikat yang digeruni ialah malaikat maut bernama Izrail yang tugasnya mengambil nyawa manusia dengan perintah Allah SWT. Namun, pernah tak anda terfikir siapakah yang mengambil nyawa haiwan atau binatang? Adakah nyawa haiwan juga diambil oleh malaikat Izrail? : KitaReporters

Foto: Google Image


Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:

https://kitareporters.com/search?search=haiwan


Justeru, bagi menjawab soalan ini penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi Instagram menerangkan ia dalam ruangan ‘Jom Belajar Agama - Ustaz Azhar Idrus’.


Menurut UAI, alim ulama bersepakat bahawa yang mengambil nyawa manusia ialah malaikat maut yang dikenali dengan Izrail dengan perintah daripada Allah SWT.

Namun, dalam hal siapakah yang mengambil nyawa haiwan, mereka berkhilaf (keliru) kerana tiada nas yang sahih menyebut tentang perkara tersebut.

Ustaz Azhar Idrus.


Tegas UAI, sebahagian ulama berkata apabila haiwan tidak lagi bertasbih kepada Allah SWT maka Allah SWT pun mematikannya.


Manakala sebahagian ulama pula mendakwa yang mengambil nyawa haiwan itu ialah malaikat maut juga.


Sungguhpun begitu, kedua-dua riwayat ini adalah daif (lemah). Oleh kerana itu tiada ketetapan sahih tentang perkara ini dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapa yang mengambil nyawa haiwan.

Jadi, jangan pening-pening kepala fikirkan perkara tersebut. 

Apa yang penting dan wajib dilakukan sebagai orang Islam ialah beriman dan percaya bahawa semua itu adalah mudah bagi Allah SWT. - KitaReporters

You will be interested

Yang, you lama tak cakap dengan I! Suami Misha Omar sentap?

Misha Omar kini sibuk dengan projek terbaharunya berjudul Tanpa Rela. Istimewanya kali ini, lagu Tanpa Rela merupakan lagu single pertama ciptaan Misha sendiri

Gara-gara suka beli online! Akaun Luna Maya tinggal RM25 je!

Luna Maya mengaku pernah dalam situasi cemas dan hidup dengan wang yang amat sedikit disebabkan tabiatnya yang sering melakukan transaksi dalam talian tanpa had
Sarfarizmal Md Saad in Gaya Hidup 1 day ago

Artis comel kaki kayuh sokong! Larang basikal masuk highway!

Acara berbasikal semakin popular mungkin terpengaruh dengan lambakan artis-artis ternama tanah air yang turut menjadikan berbasikal sebagai sukan riadah mereka
Sarfarizmal Md Saad in Gaya Hidup 1 day ago

Siti Nurhaliza top selebriti IG di Malaysia! 7.9j pengikut!

Top 10 selebriti IG di Malaysia: Siti Nurhaliza, Neelofa, Zizan Razak, Nora Danish, Mira Filzah, Janna Nick, Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Scha Alyahya dan Fazura
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 2 days ago

Jejak Pahlawan Berakit! 150 peserta telusuri Sg Terengganu!

Perjuangan tokoh besar pahlawan Melayu mempertahan tanah air telah diterjemahkan peserta berakit menelusuri Sungai Terengganu sempena Sambutan Hari Malaysia
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 2 days ago