PEGAWAI Bomba dan Penyelamat menyerahkan barangan kemas yang ditemukan kepada pemiliknya di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bahru.- Kredit foto : JBPM
BARANGAN kemas yang dianggarkan bernilai kira-kira RM20,000 ditemukan dalam keadaan sempurna di sebalik sisa-sisa kebakaran di sebuah rumah kediaman di Kampung Tembesu, Limbat, Kota Bharu, Kelantan yang terbakar pada pukul 5.21 petang Ahad 19 September 2021 lalu.
Barang perhiasan kaum wanita itu seperti gelang, rantai dan cincin dijumpai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan sebaik selesai kerja-kerja memadam api kebakaran rumah mangsa pada petang itu.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan kebakaran
BARANGAN kemas yang ditemui dalam sisa kebakaran selepas rumah mangsa terbakar pada 19 September 2021. - Kredit Foto : JBPM
Anggota bomba terbabit menyerahkan semula barangan tersebut kepada pemiliknya yang disaksikan oleh pihak polis.
Dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 5.21 petang (19 September 2021) di rumah yang didiami empat orang penghuni itu tanpa membabitkan kemalangan jiwa dan hampir 85 peratus rumah mangsa terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumbuh, Penolong Penguasa Bomba, El Taraff Mohd Zachariah berkata, berikutan dengan kejadian itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.21 petang.
RUMAH mangsa terbakar pada 19 September 2021. - Kredit Foto : JBPM
Menurutnya, lima minit kemudian, pihaknya bersama 11 anggotanya sudah tiba di lokasi kejadian dan
mendapati rumah berkenaan seluas kira-kira 609.6 meter persegi sedang terbakar.
Memetik laporan Sinar Harian pada 19 September 2021, turut menyertai operasi memadan api kebakaran itu ialah lima anggota dari BBP Tunjong bersama dua jentera bomba.
Kredit foto: JBPM
``Kami mengambil masa selama 15 minit untuk mengawal
kebakaran itu dari terus merebak ke kawasan lain dan operasi kami tamat
sepenuhnya pada pukul 7.23 malam.
``Api dipercayai bermula di bahagian belakang rumah dan ketika itu empat penghuni berada di dalam rumah tetapi mereka berjaya menyelamat diri dan tiada kecederaan yang dialami oleh penghuni terbabit dalam kebakaran itu,’’ katanya.
Beliau berkata punca kebakaran serta taksiran kerugian masih lagi dalam siasatannya. - KitaReporters
Kredit foto: JBPM