Gaya Hidup 25 Sep, 2021

Ayda Jebat, Nabil muat naik gambar anak sulung! Tunjuk lengan, kepala! Bayi perempuan Baby WUV!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA 5. Advisor Takaful Great Eastern Berhad

Share this


"Alhamdulillah.. syukur. 21.09.21, 2.77 KG, 7.07 PM. Terima kasih di atas semua doa-doanya.. 😢"

Sedikit catatan terbaru dalam Instagram pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang menyatakan kegembiraannya selamat melahirkan anak pertamanya dan rasminya bergelar seorang mummy pada 21 September 2021.

Begitu juga dengan suaminya, Nabil Mahir yang turut memuat naik gambarnya memegang bayi perempuan itu, memberitahu peminat dan rakan-rakannya, "Dengan ini rasminya menjadi seorang ayah!.. (I'm officially a Daddy! 😍). Dia juga mengesahkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan selamat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ayda Jebat


"Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan teratur @AydaJebat selamat melahirkan bayi seberat 2.77kg pada jam 7.07 pagi dan bayi serta ibu sihat." katanya  

Kata Nabil, isteri dan anaknya kini memerlukan rehat yang banyak. 

Pada mulanya kerap bangun hampir setiap jam tetapi mereka tidak mengalami masalah untuk memujuk bayi itu tidur kembali.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Ayda Jebat dan bayinya sambil berharap semoga doa-doa itu mendapat keberkatan Allah SWT. 

Nabil turut berpesan kepada peminatnya berhati-hati menjaga diri dan kekal selamat. 


Kredit foto: IG Ayda Jebat


Ayda Jebat pula sekadar berkongsi sebahagian daripada lengan bayinya dalam Instagramnya, sambil ditegur oleh penerbit filem, sheilarusly_jspictures "Tengok tangan dah tahu kuat macam Nana 😍 @aydajebat." 

Sebelum itu, AydaJebat memberitahu, bayinya yang dipanggil baby wuv akan lahir seminggu lebih awal. 

"Assalamualaikum semua. Insyaallah baby wuvv akan keluar petang ni. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya & baby sihat dan selamat. Amin.. 🙏☺️" katanya.

Sebelum kelahiran itu, Ayda Jebat dan Nabil turut menghadiah sebuah kerusi keselamatan bayi (untuk kegunaan di dalam kereta) kepada peminatnya yang berjaya terpilih sebagai pemenang pertandingan Wuvvshow!

"Hadiah NextFit Zip Max Chicco Car Seat worth RM2599.90 for you! Alhamdulillah. Thank you @chiccomalaysia and siapa yang nak check out barang baby boleh click website www.chiccomalaysia.com. "Thank you yang join comment dekat Youtube Wuvvshow jugak. Next nak hadiah apa pulak? Suggest! 😍," katanya. 

Kemudian dijawab oleh peminatnya, srikandi_bidadariku, "Nak hadiah stroller…  standby dah nak bersalin…🥰 " - KitaReporters


16
13
0
11
0
You will be interested

Video| Suami merantau di Jepun! Isteri berselingkuh dengan pegawai polis! Juga saudara suami!

Kesanggupan seorang suami, Sukalam, 41, Desa Gulangpongge, Pati, Jawa berkorban dengan cari pekerjaan di Jepun selama lima tahun akhirnya dinodai isteri sendiri

Adnan Mohamad in Gaya Hidup 1 day ago

Harimau ratah Kemboja! Farizal dipanggil ganti Khairulazhan? Cheng Hoe masih tunggu Cools lagi?

Pasukan Harimau Malaya sudah pun singkap tirai kempen Kumpulan B Piala AFF 2021 dengan langkah kanan setelah tumpaskan Kemboja 3-1 di Stadium Bishan, Singapura
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 12 hours ago

Video| Intan Payung layakkan Bunga Isme ke separuh akhir MM36! Siapa pengganti Noraniza Idris?

Sehingga kini Bunga Isme masih ternanti-nanti gandingannya yang menggantikan tempat Noraniza yang tidak hadir berikutan menunaikan umrah pada Muzik Muzik 36
Fariza Saidin in Gaya Hidup 15 hours ago

Veteran Kelantan tak terkalah! Tumpaskan Veteran Kuala Lumpur! Juara Piala Presiden PBMM 2021!

Veteran Kelantan juara Kejohanan Bola Sepak Veteran Empat Penjuru Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) 2021 tewaskan Veteran Kuala Lumpur
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Nikki Palaikat, Aliff Aziz, Adibah Noor, Suki Low benar-benar menonjol! Bye bye Nico G!

Nikki Palaikat, Aliff Aziz, Adibah Noor, Suki Low perlihat kemampuan vokal, gaya persembahan yang tinggi. Dapat pujian para juri bagi masuki peringkat akhir GV8
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 20 hours ago