Seni & Sukan 07 Feb, 2022

Video| Siti Nurhaliza pandai berlakon! Berlawak juga! Muncul Sepahtu Reunion live dipuji ramai!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Siti Nurhaliza berjaya melakonkan watak kakak Jep dalam Sepahtu Reunion 'Live'

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, bukan sahaja jaguh dalam bidang nyanyian, malahan dia turut berbakat dalam bidang lakonan. Cuma dia lebih berminat menceburi bidang nyanyian. 

Pada Jumaat, 4 Februari  2022, Siti Nurhaliza memperlihatkan bakatnya dalam bidang lakonan. Dia sudi menerima jemputan sebagai tetamu undangan program lawak Sepahtu Reunion di Astro Warna. Dalam program itu Siti Nurhaliza berlakon sebagai kakak kepada Jep Sepahtu dalam suasana komedi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawak



Siti Nurhaliza berlakon secara bersahaja dan menarik perhatian penonton di studio, penonton di rumah dan para netizen.

Muncul dalam program yang dirakam secara ‘live’ (langsung), bukan mudah di mana pelakon perlu bertukar pakaian dan mekap secara segera dengan bantuan beberapa tenaga kerja di belakang pentas. Namun ia dilaku secara tenang oleh Siti Nurhaliza dengan bantuan kru.

Ternyata Siti Nurhaliza cukup teruja menjayakan program lawak ‘live’ itu.



Walaupun lakonannya dipuji, namun Siti Nurhaliza dalam IG-nya tetap bersikap merendah diri dan berkata, hanya berlakon untuk suka-suka

Siti Nurhaliza berterima kasih kepada anggota kumpulan Sepahtu yang terdiri daripada Jep, Ilya dan Rahim yang memberi kerjasama baik bagi dia memberi jenaka yang berkesan.

Disebabkan seronok berlawak, Siti Nurhaliza tidak keberatan untuk muncul lagi dalam ‘Sepahtu Reunion’ jika diundang lagi.

Bagi peminat bintang seni ini juga berharap Siti Nurhaliza tetap memperkembangkan kebolehannya dalam bidang lakonan dan lawak.

Ia dapat menjadikan Siti Nurhaliza sebagai bintang seni serba boleh. - KitaReporters


19
13
0
12
0
You will be interested