Seni & Sukan 29 Jan, 2022

Panas, panas! TMJ, LTK berbalas kenyataan! TMJ ajak semua termasuk FAM open table dan bincang!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


TIDAK sampai beberapa jam selepas sesi temu bual eksklusif oleh Astro Arena dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan kenyataan balas daripada Lim Teong Kim (LTK), keadaan terus panas apabila kedua-kedua saling membalas kenyataan

Dalam satu komen LTK, beliau ada persoalkan kenapa nama beliau dikaitkan dengan kegagalan skuad kebangsaan dalam saingan AFF Suzuki Cup baru-baru ini.  Beliau turut bertanya bahawa adakah dirinya meminta jawatan skuad senior kebangsaan? 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lim Tong Kim

Kredit gambar: Semuanya Bola


LTK juga ada meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa beliau ada lesen profesional kelayakan UEFA. 

Nampaknya kedua-dua pihak saling membalas ayat sarkastik sebab masing-masing merasakan diri mereka berada di pihak benar. 



Tidak perlu tunggu lama, Tunku Mohkota Johor (TMJ) pun pantas membalas kembali apa yang dikatakan oleh LTK. 


Kredit gambar: JDT


Dalam kenyataan TMJ, terdapat sindiran apabila menyatakan bahawa jurulatih skuad  Johor Darul Ta'zim (JDT) pun ada lesen seperti mana LTK ada. 

Huisss, drama betul ya ini. Dua dua tak mahu kalah ini. Belum masuk FAM lagi. Mahunya jadi perlawanan 3 penjuru macam ini. 

Dalam Kenyataan balas TMJ, beliau berkata bahawa dirinya hanya menjawab soalan yang ditanya ketika itu dan itu pandangan daripada dirinya sendiri mengenai LTK untuk mengurus skuad senior kebangsaan . 



Kalau semua pakat main balas kenyataan dalam media sosial, bila isu ini akan habis? 

Bagi mengurangkan selisih faham antara kesemua pihak, TMJ ajak 'open table' untuk berbincang berkenaan isu yang sedang panas ketika ini

Jadi macam mana, pihak Astro Arena sudi ke jadi tuan rumah? LTK dan FAM ok tak kalau duduk semeja? 

Kalau jadi ini, mesti meriah dan mesti peminat bola sepak tanah air akan menonton 'drama' bola sepak ini. - KitaReporters


14
15
0
9
0
You will be interested