Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan hanya pengusaha perniagaan terjejas tetapi organisasi bukan kerajaan (NGO) juga akan mengalami situasi sama termasuk Zoo Negara. : KitaReporters
Bagaimanakah nasib haiwan-haiwan di Zoo Negara dalam tempoh PKP ini?
Sebahagian daripada pendapatan datang daripada hasil jualan tiket.
Namun pada PKP, yang dijadualkan berakhir pada 14 April 2020, sudah tiada pelawat yang akan berkunjung ke Zoo Negara dan akan menyebabkan haiwan-haiwan liar di dalam zoo tidak dapat makanan yang cukup.
Seorang pemuda di Facebook M Hafiz Ostmaan menyeru agar kita semua membantu hidupan liar di Zoo Negara dengan memberi sumbangan wang seikhlas hati agar haiwan liar di sana dapat meneruskan hidup dengan mendapat makan yang secukupnya setiap hari.
Dalam satu postingnya, Hafiz menulis sebuah coretan buat semua rakyat Malaysia.
Zoo bukan macam muzium :
"Zoo bukan macam muzium. Dalam zoo ada binatang-binatang yang duduk dalam kurungan yang perlu makan.
"Kalau muzium lain. Ekau biar jelah patung tu koreh duduk diamĀ² dalam kaca tu.
"Ni binatang hidup. Tak dapat makan mengamuk dia. Bukan buleh dibawak bincang."
Hafiz menyatakan bahawa binatang yang duduk di dalam zoo tidak sama seperti barang-barang yang boleh ditinggalkan dalam tempoh PKP ini.
Ini kerana binatang adalah hidupan yang perlukan makanan untuk meneruskan hidup.
Binatang dalam zoo perlukan makanan :
Sambungnya lagi, makanan untuk haiwan liar adalah lebih besar kuantitinya dan memerlukan perbelanjaan wang yang tinggi agar semua haiwan dapat makan.
Zoo ditubuhkan untuk memelihara dan memulihara haiwan liar :
Tambahnya, tujuan pertubuhan zoo bukanlah untuk mengurung haiwan liar, tetapi untuk memelihara dan memulihara hidupan liar, bukannya untuk tiada tujuan.
Bantulah Zoo Negara kita
Ingatlah para manusia sekalian, ketika musim wabak Covid-19 semakin menular, Zoo Negara tidak terlepas dari tempias. Tiada kunjungan tiada makanan untuk mereka.
Dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain.
Jadi marilah kita bersedekah membantu haiwan-haiwan di Zoo Negara dengan memberi sumbangan yang boleh disalurkan terus ke akaun Zoo Negara:
- Malaysian Zoological Society
- 514422103830
- Maybank Berhad
Semoga semua masyarakat peka dengan tanggungjawab dan tugas sebagai manusia demi menjamin kehidupan haiwan yang lebih bertamadun di negara ini. - KitaReporters