Seni & Sukan 07 Apr, 2020

BERITA PALSU!! ZED ZAIDI TAHU SIAPA YANG BUAT

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

"JASA Pengorbanan Kami Lebih Besar BerbandingFrontliner la”. Itu tajuk sebuah laman blog yang didakwa memetik kenyataan daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi. Akibatnya, tajuk tersebut mengundang pelbagai kecaman netizen terhadap pelakon tersebut apabila tular dalam media sosial. : KitaReporters

Zed Zaidi kecewa dengan segelintir pihak yang menyebarkan berita palsu mengenainya.


Ramai yang menganggap kenyataan bongkak itu benar-benar keluar daripada mulut Zed.

Sedia maklum, hubungan antara netizen dan artis serta SENIMAN tidak berapa baik sejak akhir-akhir ini ekoran isu Bantuan Khas Covid-19 Penggiat Seni Malaysia yang dicadangkan oleh persatuan tersebut.

Apa yang dikesali, ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh apabila menggunakan isu tersebut dengan menyebarkan berita palsu demi meraih perhatian dan memburukkan lagi hubungan netizen dan artis.

Seperti hilang sabar, Zed menerusi akaun Instragramnya (https://www.instagram.com/rozaidijamil/) mendedahkan dia kini sudah mengenal pasti siapa dalang di sebalik penyebaran berita palsu itu, sekali gus memburukkan namanya.

“Kita dah tahu siapa buat berita palsu ni. Nanti tunggu je tindakan abang ye dik. Pandai adik buat fitnah dan laga-lagakan orang supaya gaduh dan nak naikkan follower ye. Abang doakan adik yang buat niselamat dunia akhirat,” tulisnya.



Sementara itu, Zed masih lagi menutup ruangan komen dalam Instagramnya bagi mengelakkan perbalahan dan caci-maki. - KitaReporters

0
2
0
7
3
You will be interested