Seni & Sukan 26 Jul, 2021

Demi cinta, SJR ku rempuh jua! Tapi kantoi! Pasangan kekasih remaja ditahan! 1 anggota cedera!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SEPASANG kekasih ditahan selepas merempuh SJR Gong Jering di Selising, Kelantan pada 23 Julai 2021. - Kredit foto: Media sosial


SEORANG anggota petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mendapat cedera ringan apabila mangsa dirempuh oleh sepasang kekasih yang menaiki sebuah motosikal yang cuba melepasi sekatan tersebut di Gong Jering, Selising, Kelantan pada Jumaat 23 Julai 2021. 

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa mendapat cedera ringan di pergelangan tangannya ketika cuba menahan motosikal yang ditunggang dengan lajunya oleh remaja lelaki berusia 18 tahun bersama kekasihnya berumur 17 tahun.

Bagaimanapun pasangan kekasih berkenaan akhirnya berjaya ditahan di SJR yang kedua di lokasi tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan remaja

REMAJA lelaki yang ditahan oleh anggota polis selepas cuba merempuh anggota petugas SJR. - Kredit foto: Media sosial


Laporan Sinar Harian pada Sabtu 24 Julai 2021 dipetik berkata Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata sebelum itu kedua-dua remaja terbabit yang menaiki motosikal bertindak memecut laju semasa melalui SJR yang pertama.

Beliau berkata, pada SJR yang kedua, remaja lelaki itu sekali lagi memecut motosikalnya dengan lajunya sebelum merempuh anggota petugas yang cuba menahan kenderaan yang dinaiki pasangan kekasih itu.

``Pasangan kekasih berkenaan berjaya ditahan oleh anggota petugas yang lain di lokasi itu dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


SEORANG anggota polis cuba menahan pasangan kekasih terbabit yang sedang memecut motosikalnya di SJR Gong Jering, Selising, Kelantan pada 23 Julai 2021. - Kredit Foto: Media sosial


``Siasatan awal juga mendapati mereka melalui di SJR itu sebagai jalan pintas,’’ katanya.

Kedua-dua remaja itu juga akan didakwa mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020. - KitaReporters


SEPASANG kekasih ditahan oleh anggota petugas SJR. - Kredit foto: Media sosial


3
2
1
6
8
You will be interested