NS (kiri) menjalani perbicaraan dalam talian di Mahkamah Gresik, Jawa Timur. Kredit foto : Surya Malang.com
Malangnya ada segelintir anggota dan pegawai polis yang mencemar piagam dan seragam kepolisian dengan melakukan sejumlah kesalahan jenayah menyebabkan mereka dipenjara.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anggota polis
DM dan IT membuat laporan polis atas gangguan seksual NS. - Kredit foto: Surya Malang
Satu insiden yang berlaku di Gresik, Jawa Timur ini memalukan agensi Polis Republik Indonesia (POLRI).
Seorang pegawai polis berjawatan Brigedier dikenali sebagai NS, 36, dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Gresik, Jawa Timur pada Khamis, 20 Mei 2021. Dia dihukum penjara selama 3 tahun.
Penahanan dan pendakwan ini kerana NS mencabuli emak mentuanya berusia 50 tahun sebanyak 7 kali selama kira-kira 3 bulan sejak hujung 2019 hingga Februari 2020.
Pegawai polis ini mengahwini anak mangsa selama 5 bulan iaitu sejak September 2019.
Wajah pegawai polis yang terbukti bersalah mencabuli emak mentuanya walaupun mempunyai isteri yang cantik. - Kredit foto: Surya Malang
NS terbukti bersalah melakukan perbuatan tercemar dengan meraba, memeluk dan menunjukkan kemaluannya kepada mentuanya sendiri.
Ketua Majlis Hakim, Fatkur Rochman, menyatakan keputusan itu diambil mengambil kira berdasarkan NS telah mencemarkan kredibiliti POLRI dan jawatannya dengan berkelakuan tidak sopan terhadap keluarganya sendiri.
Dakwaan terhadapnya dibuka setelah emak dan ayah mentuanya membuat laporan.
Kini dia pun harus menerima balasan atas perbuatannya dengan hukuman 3 tahun penjara sesuai dengan tuntutan pihak pendakwa.
Sementara itu NS ingin mengemukakan rayuan. "Mohon maaf, saya mengemukakan rayuan yang arif," kata NS dalam persidangan yang dijalan secara dalam talian (online).