Seni & Sukan 27 May, 2021

Gosip panas K-Pop! Lee Seung-gi semakin rapat dengan Lee Da-in! Foto bersama dirakam paparazi

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Kredit foto: Time Magazine


RUPA-RUPANYA menjadi artis popular bukanlah mudah. Jika lakonan atau nyanyian tak mencapai kehendak orang ramai, pasti dikutuk.

Bukan itu saja, kehidupan peribadi pun sudah tidak ada lagi kerana banyak mata yang memandang bila bergerak. Di Malaysia, mungkin artis masih boleh bergerak bebas kerana orang ramai belum sampai ke tahap fanatik.

Suasananya berbeza di Korea Selatan bila anda bergelar artis, lebih-lebih lagi yang ternama. Bagi yang boleh menangani masalah tersebut tak ada masalah tapi yang kurang kuat pasti depresi dan tidak kurang juga yang mengambil nyawa sendiri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan K-Pop

Lee Seung-gi dan Lee Da-in mula menjalin hubungan rapat sejak akhir tahun 2020 lalu. - Kredit foto: Soompi


Terkini aktor dan penyanyi kesayangan ramai, Lee Seung-gi, 34, menjadi perhatian ramai apabila portal Dispatch berjaya mendedahkan foto beliau dengan Lee Da-in.

Foto pertama pasangan tersebut didedahkan ketika mereka berada di daerah Gangwon pada musim luruh tahun 2020 lalu. Bukan itu saja, ketika Seung-gi pergi menziarah neneknya di Sokcho, bersama Da-in pun pergerakan mereka tidak lepas daripada lensa paparazi.

Pada 24 Mei 2021, Soompi memetik laporan Sports Kyunghyung melaporkan yang Seung-gi dan Da-in mula rapat sejak akhir tahun 2020. Selain berlakon, pasangan itu boleh menjadi rapat kerana masing-masig gemar bermain golf.


Lee Seung-gi dan Lee Da-in sewaktu melawat neneknya turut dikesan paparazi.


Gosip sebelum ini juga menyatakan Seung-gi, anggota tetap program Master In The House, sering menghabiskan masa dengan Da-in jika beliau tidak berada di set penggambaran.

Seungi-gi yang baru selesai penggambaran drama Mouse, sejak awal lagi telah memberitahu rakan terdekat yang beliau menjalin hubungan dengan Da-in.

Menurut sumber daripada agensi Da-in, 9! Entertainment, pelakon itu mengakui yang beliau dan Seung-gi berkenalan atas dasar pelakon senior dan junior.


Hinggakan urusan Lee Seung-gi ke bank pun menjadi perhatian.


“Kami pernah tanya Da-in tentang hubugannya dengan Seungi-gi, dia kata hubungan mereka sekadar rakan artis dalam industri. Namun dia tak menafikan yang mereka sedang mengenali isi hati masing-masing sejak lima atau enam bulan lalu.

“Kami harap, peminat menyokong hubungan mereka itu dan biarlah hubungan mereka berkekalan,” kata wakil Da-in. 

Seung-gi pada tahun 2004 menceburi bidang seni sebagai penyanyi dan kemudian barulah mengembangkan bakatnya sebagai pelakon. 

Sementara Da-in, 29, adalah anak kepada aktres veteran, Kyu Mi-ri dan adik kepada pelakon Lee Yu-bi. Mula menceburi bidang seni pada 2014 dan baru saja muncul dalam drama Alice. - KitaReporters


Cubaan mengelirukan paparazi, penampilan Lee Da In di bank yang sama dengan Seung Gi dapat dikesan.

0
0
0
0
0
You will be interested