Seni & Sukan 08 Apr, 2020

ALIFF SYUKRI TAK DAPAT BPN? SILA JAWAB NETIZEN

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

JIKA sebelum ini timbul kontroversi dalam kalangan artis yang mempersoalkan mengenai bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan tertentu. Tapi kali ini Dato' Seri Aliff Syukri Kamarzaman pula "laris" dalam media sosial selepas dia mempersoalkan kenapa beliau tidak layak menerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sama seperti orang lain. : KitaReporters


Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan satu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu rakyat di negara ini ekoran keputusan kerajaan untuk menyambung tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memastikan rangkaian COVID-19 ini dapat dibendung secara keseluruhannya. 

Dalam ucapannya, Perdana Menteri telah memberi pelbagai bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat ekoran pendapatan orang ramai terjejas kerana permasalahn COVID-19 yang menyerang dunia ketika ini termasuk Malaysia apatah lagi tempoh PKP juga dilanjutkan menyebabkan sesetengah masyarakat tidak boleh menjana pendapatan.

Jika sebelum ini timbul kontroversi dalam kalangan artis yang mempersoalkan mengenai bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan tertentu, sekali gus meminta agar diwujudkan bantuan khas bagi para seniman.

Kali ini usahawan kosmetik terkenal di Malaysia ini, Dato' Seri Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali dengan sebagai Aliff Syukri Terlajak Laris terperanjat dan mempersoalkan kenapa beliau tidak layak menerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sama seperti orang lain.  

Siapa tidak kenal Dato Seri Aliff Syukri terlajak laris, boleh dikatakan, kebanyakan rakyat mesti kenal siapa beliau. 

Sebut saja taglinenya, terlajak laris, orang ramai sudah tahu siapa pemiliknya. 

Beliau sering kali menjadi bualan para peminatnya serta netizen di Malaysia.


"Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan ..sjaa nak semak .. sy faham dlm keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai... rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan .. . . 

"Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale jatuh 90pratus.. 😰 hanpir smua bisnes tutup.. Saya amat sedih dlm keadaan ini dan berharap Rakyat Malaysia dapat membantu Kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Corola ini.. . . 

"Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami.. 

"Apa pn terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak byk tapi sedikit.. Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai utk org mcm sy iks yang lain untuk meringankan beban kami.."


Namun begitu, beliau memahami ketika ini ramai orang terkesan terutama perniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) seperti dirinya sehingga menyebabkan 90 peratus  'sale' jualannya terjejas teruk.

Tambahnya, keadaan COVID-19 ketika ini dilihat begitu bahaya kerana memberi kesan teruk kepada semua lapisan masyarakat terutama para perniaga dan ia dilihat lebih teruk dari kegawatan ekonomi pada tahun 1997.

'' Terima kasih kerana terus menyokong dan beli produk saya''

Biarpun perniagaannya dilihat merudum, beliau tetap berterima kasih kepada orang ramai yang terus menyokong produknya dan beliau juga mengharapkan kerajaan dapat membantu perniaga IKS seperti mengurangkan cukai kepada mereka.

Seperti biasa, posting beliau dalam Instagram miliknya itu (https://www.instagram.com/aliffsyukriterlajaklaris/ telah mendapat perhatian pengikutnya dengan pelbagai reaksi serta komen.





0
0
1
2
3
You will be interested