Seni & Sukan 01 Jan, 2022

Hari pertama tahun 2022 hari duka bagi Anita Baharom! Suami meninggal mengejut tanpa disedari!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
/
Kata-kata Ismadi dia yang akan pergi dahulu menjadi kenyataan

HARI pertama tahun 2022 menjadi hari duka bagi pelakon Anita Baharom apabila suaminya, Ismadi Ismail, 50, meninggal dunia secara mengejut.  Ismadi meninggal di kediaman mereka di Bandar Rhu, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 7 pagi.

Anita memberitahu berita duka ini dalam Instagramnya.

Lagi cerita-cerita duka berkaitan meninggal dunia


Menurut Anita, 38, suaminya ‘pergi’ dalam keadaan tiba-tiba tanpa dia sedari di ruang tamu rumah. Ismadi sepatutnya menghantar Anita menghadiri sebuah pembentangan untuk satu program masjid.
Anita melihat Ismadi terbaring atas permaidani di ruang tamu dengan tangannya sejuk kebiruan dan terus memanggil orang masjid untuk melihat keadaan. Ismadi mempunyai sejarah penyakit kencing manis.

/

Foto kenangan Anita, Ismadi dan anak-anak


Anita dan Ismadi berkahwin pada 2006 mempunyai tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.

Anita yang popular menerusi drama bersiri ‘Dunia Baru’ pada tahun 2001-2002 dengan memegang watak Amizah. 

Namun setelah berkahwin Anita berhenti berlakon dan memberi tumpuan kepada rumah tangga selain terlibat aktif dalam sejumlah kerja kebajikan.

Sementara Ismadi ketika berkahwin adalah salah seorang penerbit Bahagian Hiburan TV3 tetapi kini bekerja di stesen TV Astro. - KitaReporters


/

Ismadi ketika membuat sebuah rancangan terbitan Astro

18
12
0
7
0
You will be interested