Seni & Sukan 08 Jan, 2021

Ibu Che Ta sebagai bahan uji! Cuba produk rawat jeragat Mylea sebelum setuju jadi duta produk

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SIAPA sangka dalam usia tiga tahun lagi menghampiri angka 50, pelakon yang sering bertutur dalam loghat Utara Kedah, Rozita Che Wan ditawarkan sebagai wajah produk kecantikan, MyLea keluaran syarikat Amylea Group selama tempoh setahun. : KitaReporters


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Rozita Che Wan:

https://kitareporters.com/search?search=rozita+che+wan


"Ini pembuka rezeki bagi saya untuk tahun 2021 ini, siapa sangka dalam usia menghampiri 50 tahun, ada juga yang berminat menjadikan saya duta produk,” ujar Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian sebagai duta produk Mylea di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari ini, Jumaat, 8 Januari 2021. 

Turut hadir pengasas Mylea, Amylia Farhana dan suaminya, Mohd Fakhrul Razi Jamaluddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat serta suami Che Ta, pelakon Zain Saidin.



Dalam ucapan ringkasnya secara jujurnya Che Ta memberitahu sebaik menerima set yang mengandungi dua produk iaitu ‘MyLea Freckles Serum’ dan sabun ‘MyLea Freckles Bar’ untuk dicuba sebelum bersetuju menjadi dutanya, beliau menjadikan ibunya dahulu sebagai 'bahan uji'.

“Ini sebab produk ni terkenal dengan fungsinya merawat jeragat, dan kebetulan pulak ibu ada jeragat, jadi try laa kat dia dulu sedangkan kami tak ada jeragat sangat,” ujar Che Tak dalam loghat Kedahnya itu, yang menyebabkan tetamu yang hadir ikut ketawa mendengar penjelasannya.

Menurut Che Ta, apabila dilihat ada kesan pada kulit wajah ibunya yang nampak lebih cerah dengan jeragat hampir hilang, baruiah beliau bersejutu untuk berkolaborasi.

“Selalunya sebelum saya terima apa-apa produk saya akan baca dahulu latar belakangnya dan melihat pada kandungannya agar tidak berbahaya dan ternyata dengan kredibiliti syarikat ini yang banyak memenangi pelbagai penghargaan malah dijamin halal, barulah saya yakin menerimanya,” tambah pelakon telemovie ‘Legenda Putri Bulan’ ini yang kini sedang ditayangkan di Astro Ceria.



Jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan pada peringkat tempatan mahu pun Asia Pasifik antaranya ‘Asia Pacific Super Health Brand 2018/19' dan terbaharu  ‘SME Awards 2020’, manakala fomulasinya diyakini halal dengan piawaian SIRIM.

Sementara itu, ditanya kenapa memilih Che Ta sebagai duta dan bukan artis muda di bawah 30-an sebagaimana Che Ta sendiri berpendapat, kata Amylia, “saya kagum dengan Che Ta, di mana dalam usianya sekarang kulit beliau tetap cantik dan berseri malah Che Ta masih mempunyai faktor ‘wow’.”

‘Che Ta ni sentiasa nampak cantik, tak pernah tak cantik,” ujar Amylia yang merancang untuk menjadikan Che Ta wajah menghiasi papan tanda (billboard) sebagai salah satu daripada pelan promosi syarikat.



Menurut pengasas itu lagi,  produk MyLea dihasilkan untuk wanita berusia 30 tahun ke atas dan pemilihan Che Ta menepati kehendak syarikat apatah lagi artis terkenal itu memiliki aura dan pesona kecantikannya yang tersendiri.

Bercakap mengenai rutin penjagaan kulit, Che Ta menasihati agar kaum wanita mahu pun lelaki mencuri masa untuk mencuci muka dan sapu krim malam walaupun dalam keadaan penat merangkak sekali pun sebelum tidor.

“Itu dua produk paling tidak harus diketepikan iaitu pencuci muka dan krim malam walau pun tiada masa untuk melakukan rutin penjagaan yang lebih mendalam,” ujar Che Ta.


Ejen jualan MyLea yang digelar 'jemaah' dan 'fighters' bergambar kenangan bersama Che Ta dan Amylia bersama suami.


Dalam pada itu, selain penjagaan luaran, dalaman juga perlu dijaga, tambah Che Ta yang mendedahkan rahsianya yang sentiasa berfikiran positif, tidak stres dan memberatkan kepala dengan sebarang masalah yang timbul.

"Setiap pemasalahan ada solusinya jadi kita jangan terlampau stres tetapi relaks sahaja dalam menanganinya,” akhiri pemilik nama penuh Rozita Abu Bakar yang bakal menginjak ke usia 47 tahun pada 9 Mac 2021 depan.

Jika korang nak muka licin dan awet muda macam Che Ta bolehlah cuba produk yang dijual secara dalam talian sahaja itu. Info lanjut boleh layari laman web rasmi  MyLea di https://www.mylea.my/ - KitaReporters

10
0
0
1
0
You will be interested