Seni & Sukan 28 Jun, 2021

Leka bermain pakau, 7 lelaki dicekup! Diberkas kerana berjudi! Dikompaun kerana langgar SOP!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Tujuh lelaki ditahan oleh polis kerana leka bermain judi dalam semak di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu. - Gambar Ihsan PDRM Besut


KEGILAAN tujuh lelaki mencuba nasib mencari rezeki lebih melalui aktiviti perjudian ketika berada dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membawa padah apabila kegiatan mereka dihidu oleh pihak polis.

Tujuh lelaki terbabit yang sedang leka berjudi ditahan dalam serbuan di kawasan semak di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, kesemua suspek berusia di antara 44 hingga 61 tahun itu ditahan ketika sedang leka bermain judi dalam serbuan kira-kira jam 4 petang, Ahad 27 Jun 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berjudi

Abdul Rozak Muhammad


Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi serbuan, polis melihat sekumpulan lelaki sedang leka berjudi dengan sekumpulan lelaki sedang mengelilingi sebuah meja.

"Hasil pemeriksaan ke atas kumpulan tersebut, polis merampas  barang kes kerana bermain judi daun terup dan wang kertas bercampur-campur bernilai RM1,739." katanya kepada media pada Isnin 28 Jun 2021.

Abdul Rozak berkata, kesemua mereka turut dikenakan kompaun RM,1500 seorang kerana melanggar syarat-syarat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut Peraturan 16 Akta 342, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.


Daun terup dan wang tunai yang dirampas polis


Beliau berkata, kes turut disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi di tempat bebas dan Perkara 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 P. U. (A) 225.

Katanya, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.  

“Bagi Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 P.U. (A) 225, mereka boleh dikenakan hukuman denda RM1,500 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya. - KitaReporters


Tempat bermain judi oleh sekumpulan lelaki di Kampung Kubang Ikan, Besut

4
3
1
4
2
You will be interested