Seni & Sukan 29 Jun, 2021

Berita Terkini| 16,452 kes pecah rumah sepanjang PKP! 18 Mac 2020 - 28 Jun 2021! 5,518 ditahan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEBANYAK 16,452 kes pecah rumah direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 hingga Isnin 28 Jun 2021.

Daripada tempoh tersebut, seramai 5,518 individu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, daripada jumlah keseluruhan yang diberkas, 3,572 individu tidak bekerja.

“Statistik bagi kesalahan pecah rumah menurun sebanyak 21.2 peratus (4,423) berbanding tempoh sama sebelum PKP dilaksanakan iaitu sebanyak 20,875 kes.

“Keadaan ini disebabkan kesan pelaksanaan PKP dengan kehadiran pasukan keselamatan dan penguat kuasa menjalankan rondaan secara berkala di banyak lokasi di seluruh negara sekali gus mengurangkan ruang aktiviti jenayah serta menghalang pelaku untuk melakukan jenayah,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Selasa, 29 Jun 2021.

Bagaimanapun jelas beliau, jenayah pecah rumah dilihat sedikit meningkat apabila syarat dilonggarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara berperingkat-peringkat mulai 4 Mei 2020 sehingga 10 Jun 2020.

Beliau berkata, sebanyak 1,167 kes dicatatkan berbanding tempoh sama sebelum PKPB iaitu 1,063 dengan peningkatan kira-kira 104 kes (9.8 peratus).

Sehubungan itu, pihaknya memohon setiap lapisan masyarakat untuk bersama-sama mengekang kejadian jenayah di komuniti masing-masing.

“Masyarakat diingatkan untuk sentiasa memastikan rumah berkunci walaupun ketika berada dalam kediaman serta peka dengan persekitaran kejiranan sekiranya terdapat individu yang mencurigakan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Statistik bagi kesalahan pecah rumah menurun sebanyak 21.2 peratus (4,423) berbanding tempoh sama sebelum PKP dilaksanakan iaitu sebanyak 20,875 kes. Kredit Foto Bernama

 

2
0
0
0
0
You will be interested