KENAPA orang sekarang begitu prihatin nak bagi makan kepada kucing, anjing yang kelaparan? Satu tindakan kecil tapi penuh dengan jiwa yang bersih. Sebenarnya, hidup jika tak beri faedah kepada orang lain, maka sia-sialah hidup itu. Dalam isu wabak Covid-19 ini, apakah sumbangan kita? : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan barisan hadapan:
https://kitareporters.com/search?search=barisan+hadapan
Banyak orang yang menyumbang kepada pencegahan Covid-19. Doktor, jururawat, polis, tentera sudah nampak di depan mata sumbangannya.
Begitu juga RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat (yang mengedar makanan di PKPD), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) adalah juga frontliners (barisan hadapan).
Tak kurang juga netizen dalam media sosial. Banyak main peranan penting dengan memberi pandangan serta idea melalui posting dan komen. Tolong menolong ini sangat penting, bak titah Raja Permaisuri Agong kita boleh membendung bersama wabak ini dengan muafakat pelbagai pihak.
Malah Sultan Johor turut bertitah kita jangan ambil mudah terhadap kes Covid-19 ini. Sekiranya orang ramai masih ingkar untuk mematuhi amalan norma baharu, maka penularan wabak tidak dapat dibendung.
Tolong yang bagaimana? Tolonglah dengan apa saja kemampuan yang ada. Sekecil-kecil pertolongan adalah dengan tidak menyalahkan orang lain tetapi berperananlah sendiri sebagai individu yang bertanggungjawab. Pakai pelitup hidung dan mulut, menjarakkan fizikal kita pun kira menolong juga.
Netizen dalam media sosial sebagai contoh, cukup-cukuplah dari asyik menyerang dan menyalahkan pihak lain apabila kes baharu Covid-19 ini meningkat. Ini kalilah netizen yang ada akaun media sosial sendiri masing-masing memainkan peranan kendiri.
Gunakan akaun-akaun media sosial yang boleh dimuat turun secara percuma itu untuk membentuk kesedaran dari kalangan penggemar media sosial yang lain. Henti budaya troll, apatah lagi fitnah.
Ketua Pengarah Kesihatan, menteri-menteri dan “Abah” Perdana Menteri beri macam-macam pesan dan teguran, kerana itu tanggungjawab mereka. Patut disokong bukan diejek-ejek. Tolonglah sebar, bukan melontarkan kata-kata lancang.
Tidak ada satu agama pun yang mengizinkan kita untuk bertindak jahat ke atas orang lain, walaupun mereka berlainan pegangan agama dengan kita. Apatah lagi jika mereka satu akidah dengan kita, lagilah tidak boleh untuk kita berlaku jahat kepada mereka.
Mudah saja mesej yang nak disampaikan!!
Kata-kata orang muda sekarang, bodoh, bongok, banggang tidak mengapa lagi, paling tidak boleh belajar. Tetapi jangan sampai useless! Tak berguna kepada diri sendiri dan negara. - KitaReporters