Perhilitan Johor merampas 70 ekor burung murai batu dan 1,000 burung murai kampung dianggarkan bernilai RM66,000 di Kulai, Johor pada Jumaat, 23 April 2021. - Kredit foto: Perhilitan.
SEBANYAK 1,070 ekor burung murai yang dianggarkan bernilai RM66,000 yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran berjaya dirampas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor dalam operasi di sebuah rumah di Taman Wawasan, di Kulai.
Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata,
operasi dijalankan melibatkan tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam
Jumaat, 23 April 2021.
“Hasil pemeriksaan di premis dan kenderaan yang berada
di situ menemui 70 ekor burung murai batu dan 1,000 ekor burung murai kampung
yang dianggarkan bernilai RM66,000.
“Turut dirampas. beberapa barangan termasuk kenderaan
jenis Toyota Estima yang digunakan, satu unit telefon bimbit dan 74 bakul
plastik,” katanya dalam kenyataan media di Kulai, pada Ahad 25 April 2021.
Berikutan penemuan itu, Salman menjelaskan seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun diperiksa dan diambil keterangan untuk siasatan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
“Hasil siasatan awal, lelaki terbabit tidak mempunyai
sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan hidupan liar tersebut.
“Dia juga disyaki cuba menyeludup hidupan liar
tersebut ke negara jiran,” katanya.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat dan barangan
kes dibawa ke pejabat Perhilitan Bandar Penawar untuk tindakan lanjut, katanya lagi. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, operasi dijalankan melibatkan tujuh pegawai dan anggota pada 7.30 malam Jumaat,23 April 2021. Kredit Foto Johorkini.com.