Seni & Sukan 14 Sep, 2021

COVID-19: Siti Nurhaliza akui terkesan! Tapi ada hikmah di sebaliknya! Lihat anak-anak membesar!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui turut terkesan dengan serangan wabak COVID-19 tetapi menganggap ia satu isu global yang dilalui semua namun ada hikmah di sebaliknya.

“Jika sebelum ini saya perlu keluar rumah melaksanakan pelbagai tugasan baik kerjaya seni mahu pun perniagaan, kini saya dapat melihat anak membesar di hadapan mata kerana sentiasa berada di rumah walaupun masih perlu bekerja secara dalam talian,” ujar Siti Nurhaliza ketika diwawancara pada sidang media secara maya sempena menyambut ulang tahun ke-2 BeauSiti hari ini, Selasa, 14 September 2021.

Sebelum itu, sesi tersebut turut dipancarkan secara ‘live’ melalui laman sosial Facebook BeauSiti dengan acara memotong kek hari jadi BeauSiti ke-2 oleh Siti Nurhaliza sendiri selaku pengasas dan pemilik syarikat Beau Siti Sdn Bhd merangkap Presiden CTDK Holdings.


Siti Nurhaliza turut ditemani Pengarah BeauSiti & SitiZen, Siti Hadzrah Abd. Rahim dalam sesi 'live' meraikan ulang tahun ke-2 BeauSiti pada 14 September 2021.

Menurut Siti Nurhaliza, walaupun tempoh PKP terdahulu menghalang pergerakan dan pejabat terpaksa ditutup namun beliau bersyukur setiap daripada kakitangannya memahami keadaan dan bersama mempertahankan kedudukan syarikat.

Pun begitu, menurut Tok Ti, beliau rasa terharu apabila kerja keras yang dilakukan oleh ejen-ejen jualannya, SitiZen, syarikat mampu membuat jualan mencapai RM7 juta walau pun pada masa sukar tahun ini.

“Saya sendiri pun terkejut mampu mencapai jualan memberangsangkan dan segalanya berkat usaha gigih SitiZen,” tambah Siti sambil  berharap dapat menyasarkan jualan sehingga RM10 juta menjelang akhir tahun ini.



Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, BeauSiti telah menghasilkan tiga produk minuman kesihatan meliputi Beautessence, BeauNes dan BeauKids.

Menghargai sokongan padu para pelanggan dan ejen SitiZen, Tok Ti tampil dengan kempen ‘Stronger2gether’ sempena meraikan ulang tahun ke-2 BeauSiti dengan pelbagai tawaran dan diskaun menarik dari 1 September hingga 30 September 2021 ini.

“Setiap pembelian Beautéssence, para pelanggan BeauSiti boleh dapatkan Beaukids dengan harga RM2 pada hari ini sahaja, 14 September 2021

"Selain itu juga, rakyat Malaysia yang telah menerima vaksin boleh mendapatkan tawaran sehingga RM25 melalui promosi dalam laman sesawang BeauSiti,“ kata Siti. 

Tambahnya, ini adalah salah satu cara untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan menawarkan promosi untuk mereka yang telah menerima vaksin dos pertama dan kedua.

Promosi ini berlangsung dari 16 September hingga 30 September hanya dalam laman web BeauSiti dan tertakluk pada terma dan syarat. 



Buat perancangan masa depan, SIti mendedahkan akan mengeluarkan beberapa lagi poduk BeauSiti bukan sahaja meliputi wanita dan kanak-kanak tetapi juga untuk golongan lelaki.

“Selain itu, saya juga sedang merancang mengeluarkan produk dalam kategori kelengkapan rumah malah akan mengembangkan pasaran produk BeauSiti ke luar negara khususnya ke negara Islam menjelang 2026,” harapan pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ ini yang khabarnya bakal berkolaborasi dengan seorang pencipta terkenal Indonesia untuk lagu single terbaharunya kelak.

“Biarlah itu menjadi ‘rahsia’ terlebih dahulu,” komen Siti Nurhaliza ringkas tanpa mahu memanjangkannya lagi.

Yang pasti, untuk menghargai peminatnya Siti mengajak sesiapa yang berhajat untuk berkongsi rezeki dengannya, boleh memohon menjadi sebahagian daripada keluarga SitiZen tanpa modal membebankan.

"Harapan saya mahu melahirkan ramai jutawan dan membantu mereka yang ketika ini berada dalam kesusahan menjana pendapatan," akhiri Siti. - KitaReporters


18
15
1
7
1
You will be interested