Seni & Sukan 05 Dec, 2020

Video| Gerak Khas beralih stesen! Biarlah rahsia, kata Yusof

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

GERAK Khas merupakan drama kepolisian yang sinonim dengan RTM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Program drama mingguan TV itu mula ditayang di RTM (TV1 dan TV2) pada 7 April 1999. Sebanyak 1,021 episod telah dihasilkan bagi 19 musim. Gerak Khas diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai siri TV tempatan yang paling lama bertahan. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan TV3:

https://kitareporters.com/search?search=TV3


Pengiktirafan itu diberi pada tahun 2009 dan jumlah siri terus bertambah selepas tahun itu. 

Gerak Khas The Finale yang merupakan musim ke-20 siri kepolisan ini menimbulkan tanda tanya peminat siri kepolisian ini. Bagi musim terakhirnya, siri ini beralih tempat tontonan daripada RTM kepada TV3 mulai 4 dan 5 Disember, setiap Sabtu dan Ahad, jam 10.30 malam.

Kebiasaannya setiap siri jika bermula di sesebuah stesen akan berakhir di stesen yang sama.




Dalam program Malaysia Hari Ini (MHI), TV3 pada pagi tadi, 4 Disember 2020, produsernya, Datuk Yusof Haslam  yang juga antara pelakon, pengarah dan penulis skrip utamanya terpaksa menjawab secara berhati-hati apabila menerima panggilan telefon daripada pemanggil bernama Fauzi dari Batu Pahat, Johor. Dalam wawancara dalam MHI, Yusof ditemani salah seorang pelakon, Sheera Iskandar. 

Yusof menyatakan perpindahan dari RTM ke TV3 itu biarlah ia menjadi rahsia. Katanya, pegawai di RTM juga mengetahui sebabnya.

Tambah Yusof, dia tetap mempunyai hubungan yang baik dengan RTM dan tidak menolak kemungkinan untuk menayang siri bercorak kepolisian yang baru dengan stesen TV milik kerajaan itu. 




Cara Yusof mengeluarkan kenyataan dengan begitu berhati-hati menyebabkan pelbagai andaian dibuat.

Andaian utama ialah pihak RTM tidak dapat memenuhi permintaan Skop Film Productions untuk mendapat kenaikan bayaran setiap episod dan memastikan hari dan masa tayangan yang lebih baik serta promosi lebih giat.

Sementara itu, TV3 menawarkan pakej lebih menarik untuk Gerak Khas Finale ini yang mengiurkan pihak Skop Productions untuk bekerjasama. Gerak Khas mempunyai jenama yang kuat dengan sejumlah stesen TV yang berminat untuk menayangkannya. 

Tindakan Skop Productions menayangkan Gerak Khas The Finale di TV3 tidak mempunyai kesan penonton asal di RTM kerana penonton hanya perlu beralih saluran dari TV2 ke TV3. Malah mungkin TV3 akan mempergiatkan promosi.

Gerak Khas The Finale disiarkan dua kali seminggu (Jumaat dan Sabtu) di TV3, sedangkan di RTM hanya tayang sekali seminggu sebelum ini.

Sementara itu, RTM kini menayangkan kembali episod Gerak Khas musim 2009 di TV2 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam.



Walau di mana Gerak Khas ditayang, kekuatannya sebagai siri kepolisan Malaysia tetap utuh jenamanya. Walaupun ada beberapa siri kepolisan diterbitkan, namun ia tidak dapat bertahan lama. 

Kekuatan Gerak Khas banyak bergantung kepada Yusof Haslam yang menghasilkan sebilangan besar skripnya dan juga banyak mengarahkannya.

Gerak Khas The Finale memperkenalkan beberapa bintang baru antaranya Ungku Ismail. 

Dalam episod terakhir musim ke-20 ini, DCP Datuk Helmi (Yusof Haslam) akan bersara penuh sebagai pegawai atasan polis pada usia 60 tahun. Satu majlis persaraan diadakan.



Ketika Gerak Khas mula ditayang pada April 1999. Datuk Yusof Haslam baru berusia 44 tahun dan kini dia sudah berusia 66 tahun.   Yusof atau nama penuhnya Mohd Yusof Mohd Haslam Khan lahir pada 24 April 1954. 

Yang bermula pasti berakhir. Gerak Khas akan terus diingati sebagai drama kepolisian yang terbaik dihasilkan di Malaysia. - KitaReporters


2
1
1
1
0
You will be interested