Seni & Sukan 10 Aug, 2021

54 KRT Daerah Besut gabung tenaga! Gerakkan, jayakan program RTCares! Bantu penduduk terkesan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Mohd Rosli Alias menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada pasangan suami isteri India dan Cina di Bandar Jertih,Terengganu


SEMANGAT muafakat dan sikap prihatin terhadap masalah komuniti yang sedang berhadapan dengan kesulitan hidup akibat pandemik COVID-19 mendorong pelbagai pertubuhan sukarela tampil menganjurkan program kesukarelawan untuk membantu masyarakat yang terjejas dan terkesan dengan keadaan semasa. 

Usaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Besut, Terengganu yang bergabung tenaga mengeluarkan wang ringgit dan tenaga sukarela untuk mendampingi penduduk daerah itu yang terkesan dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan satu tindakan terpuji.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan KRT

Kamaruddin Ali menyampaikan kotak makanan RTCares kepada penduduk Kampung Pekan Sari Tembila, Besut


Bagi menjayakan program turun padang mendekati masyarakat, sebanyak 54 KRT seluruh daerah Besut menganjurkan program RTCares untuk mengagihkan bakul makanan kepada pelbagai golongan sekitar daerah itu. 

Pengerusi Skuad Uniti Daerah Besut, Ali Haidzir Mustafa Kamal berkata, menerusi Program RTCares pihaknya mengabungkan 54 KRT yang sedia ada di daerah itu untuk sama-sama berganding bahu, sama ada sumbangan kewangan gerak kerja dan tenaga sukarelawan.

Ali  Haidzir Mustafa Kamal


Katanya, dua buah Jawatankuasa penyelaras program dibentuk membabitkan pengerusi-pengerusi KRT dari lima Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kota Putera, Kuala Besut, Hulu Besut, Jabi dan Jertih bagi menggerakkan jentera mengikut kawasan masing-masing.

Beliau berkata, hasil kata sepakat pihaknya berjaya mengumpul dana RM27,000 dalam tempoh seminggu untuk membeli barangan keperluan dapur dan diagihkan kepada penduduk sekitar daerah Besut dan Setiu.


Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Besut Salma Mat Rasid (tiga dari kiri) bersama Jawatankuasa Jiran Wanita KRT menyampaikan sumbangan kepada wargab emas keturunan Cina di Bandar Jertih


“Keputusan menganjurkan program tersebut diadakan menerusi mesyuarat secara alam maya dan semua pengerusi KRT bersetuju mengambil bahagian dalam program secara bersepadu tersebut,” katanya.

Ali Haidzir berkata, menerusi program itu pihaknya mengagihkan 300 kotak makanan keperluan harian mengikut kawasan pentadbiran KRT masing-masing.


Kotak berisi makanan untuk diagihkan kepada komuniti oleh KRT Daerah Besut


Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri (JPNIN) Terengganu, Mohd Rosli Alias merasmikan program bagi Zon Jertih, Kuala Besut, Hulu Besut dan Jabi, manakala Timbalan Pengarah JPNIN Terengganu Kamaruddin Ali merasmikan program Zon Kota Putera.

“Kami berhasrat untuk meneruskan program seumpama ini kerana pembabitan ahli-ahli KRT dalam menyantuni komuniti amat diperlukan,” kata mereka.


Mohd Rosli Alias


Sementara itu, Mohd Rosli ketika melancarkan program tersebut menghargai usaha yang dilakukan oleh kepemimpinan KRT negeri ini kerana sentiasa membantu masyarakat setempat yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan dan pertolongan.

“Saya amat kagum dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh pengerusi-pengerusi KRT kerana sanggup mencari dana untuk menjayakan program berkenaan,” katanya. - KitaReporters


Mohd Alias ketika melancarkan Program RTCares di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih.

0
1
1
0
0
You will be interested