Gaya Hidup 13 Feb, 2021

Kak terima kasih kerana tak halal RM2 tu! Duit tu saya dah masukkan ke dalam tabung masjid!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RATA-RATA daripada kita jika mempunyai baki wang daripada membeli makanan pasti akan memberi tip kepada penghantar makanan kerana mempunyai niat berkongsi rezeki antara satu sama lain.

Niat ini sangatlah bagus kerana kita semua ingin mengucapkan tanda terima kasih kepada mereka yang mencari rezeki kerana sanggup meredah hujan dan panas demi menghantar makanan.

Namun baru-baru ini tular dalam media sosial kisah seorang pemuda penghantar makanan yang pelanggannya sendiri buat perangai tidak mahu halalkan tip yang diberikan pada hari tersebut.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penghantar makanan:

https://kitareporters.com/search?search=penghantar



Perkongsian dalam Facebook Khairul Haffendy Othman menunjukkan bahawa dia memaparkan screenshot (tangkap layar) perbualan dia dengan pelanggan wanita tersebut.

Dari mesej tersebut, tertulis bahawa wanita tersebut tidak mahu menghalalkan wang lebih yang diberikan kepada penghantar makanan tersebut kerana makanan yang dihantar kepadanya tidak mencukupi.

Dik kak tak halalkan duit terlebih kak bagi sebab makanan tak cukup, call centre pun tak dapat.


Namun pemuda ini tidak melenting kepada wanita tersebut tindakan yang diberikan kepadanya. Bahkan, pemuda penghantar makanan ini lebih mesra menjawab WhatsApp tersebut.

Kak saya hantar yang mana kedai bagi kak. Kak terima kasih kak kerana tak halalkan duit RM2 kak tu. Duit tu nanti saya masuk tabung masjid nah kak. Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan family saya kak.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen berasa geram dan marah akan tindakan wanita ini tidak bertimbang rasa dan tidak mempunyai hati yang ikhlas.

Jadi, janganlah kita memandang rendah terhadap penghantar makanan yang berkerja mencari rezeki halal, dan siapalah kita untuk tidak menghalalkan sesuatu. - KitaReporters


13
0
3
1
0
You will be interested

Video| Bilal genap 8 bulan! Wajah anak Neelofa masih jadi misteri! Peminat panasaran, kena bersabar!

Muhammad Bilal Muhammad Haris genap 8 bulan pada 29 Sept 2022. Namun pasangan Neelofa dan PU Ritz tetap tidak berhasrat untuk perlihat wajah anak sulung mereka

Video| Kan dah kena! Kedah larang semua konsert hiburan! Bimbang cetus kelakuan di luar tatasusila!

Kerajaan Kedah larang sebarang jenis konsert hiburan yang cetus kelakuan di luar tatasusila di seluruh Kedah. Arahan berkuat kuasa dengan serta merta - MB Kedah
Jamliah Abdullah in Gaya Hidup 4 hours ago

Liga Super 2022: Terengganu teruskan rentak kemenangan! Peluang bersaing Piala AFC kembali terbuka!

Terengganu FC teruskan rentak kemenangan dalam Liga Super 2022 dan jadikan Sabah mangsa terbaharu selepas catat kemenangan 2-0. Rebut kembali slot ke Piala AFC
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago

Liga Super 2022: PJ City jinakkan tuan rumah, 1-0! Kedah terus bergelut! Gagal berikan aksi terbaik!

PJ City FC teruskan rentak cemerlang selepas menang 1-0 ke atas pasukan Kedah Darul Aman FC dalam saingan Liga Super 2022. Kedah terus gagal beri aksi terbaik
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Tragedi 1 Oktober! 127 maut dalam rusuhan penyokong bola sepak! Persebaya tewaskan Arema FC!

127 orang termasuk 2 anggota polis terkorban dalam tragedi rusuhan penyokong bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang selepas perlawanan Arema lawan Persebaya
Jamliah Abdullah in Gaya Hidup 1 day ago