Seni & Sukan 07 Apr, 2022

Keluarga Malaysia sumbang kurma Ramadan! Syabas aktivis komuniti dan JPKK Jorak Elahi, Batu Pahat!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this



AHLI Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jorak Elahi, Batu Pahat, Johor bersama-sama dua aktivis masyarakat, Khairul Fauzi dan Syed Mohsin berkongsi rezeki dengan mengagihkan 550 kotak kurma kepada penduduk pada 1 April 2022 lalu.

Ketua Kampung Parit Jorak Elahi, Hamidi Mat Tap, berkata usaha murni itu wajar dijadikan contoh kepada mereka yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan termasuk makanan kepada penduduk sempena Ramadan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kurma

Hamidi Mat Tap mengangkut kotak kurma yang disumbangkan aktivis masyarakat dan ahli JPKK.


Menurut beliau, dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan oleh mereka terbabit bahawa dua aktivis masyarakat berkenaan bersedia menghulurkan sumbangan peribadi untuk membeli kurma dan diagihkan kepada penduduk kampung untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

Jelasnya, dalam keadaan ekonomi sekarang apabila harga barang melambung tinggi tidak semua penduduk terutama dalam kalangan keluarga miskin dan asnaf mampu mendapat segala keperluan untuk sepanjang Ramadan.

“Sumbangan kurma ini walaupun nampak kecil bagi sesetengah orang namun ia besar ertinya kepada penduduk terbabit dan saya berasa terharu dapat mengembirakan ahli keluarga mereka berkenaan terutama ketika berbuka puasa.

“Saya sentiasa mengalu-alukan jika ada pelbagai untuk bersedia berkongsi rezeki dengan penduduk terbabit yang sekurang-kurang menyedarkan mereka tidak disisihkan begitu sahaja tanpa dibantu seperti dilakukan dalam aktiviti kebajikan kemasyarakatan sepanjang tempoh pandemik Covid-19,” katanya yang juga Ketua UMNO Cawangan Jorak Elahi, Batu Pahat. 


Hamidi melihat kotak kurma yang diagihkan kepada penduduk Kampung Parit Jorak Elahi dan Kampung Tasek Merdeka pada 1 April 2022 lalu.


Hamidi berkata, kurma berkenaan sudah diagihkan ke setiap rumah penduduk di sekitar Kampung Parit Jorak Elahi dan Kampung Tasek Merdeka oleh beberapa ahli JPKK dan ahli jawatankuasa UMNO cawangan terbabit bermula 1 April 2022 lalu termasuk kepada keluarga daripada dalam kalangan miskin dan asnaf itu.

Menurutnya, sebagai ketua kampung yang memikul tanggungjawab besar dalam membela nasib penduduk serta pembangunan sentiasa bersedia membantu mereka yang ditimpa masalah khusus bencana alam.

Tambahnya, JPKK bersama-sama ahli jawatankuasa UMNO akan bertindak dengan mengambil langkah segera apabila dimaklumkan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah supaya perkara itu tidak menganggu persiapan mereka menyambut Aidilfitri.

“Bagi kami semua penduduk adalah sama walaupun mempunyai perbezaan pendapat dari segi beberapa perkara namun dalam menyelesai masalah musibah ini pelbagai syak wasangka perlu diketepikan dahulu sebaliknya berganding bahu demi kebaikan serta sejahteraan hidup,” katanya. - KitaReporters


Seorang penduduk gembira dan bersyukur menerima sumbangan kurma yang diinfak aktivis masyarakat dan ahli JPKK.

24
10
1
15
0
You will be interested