Seni & Sukan 24 Mar, 2022

Video| Hael Husaini masih Sama Seperti Dulu? Kisah peribadi bersama rakan-rakan! Unsur kesetiaan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


BARU empat bulan single terbaharunya, ‘Kelentang Kelentong’ meraih kejayaan sehingga ditonton 6.4 juta pengikut di YouTube, penyanyi yang aktif  menghasilkan lagu-lagu popular, Hael Husaini kembali lagi dengan single terbaharu, ‘Sama Seperti Dulu’.

Kelainannya, kali ini buat pertama kalinya. beliau tidak bersama rakan komposernya Ezra Kong tetapi memilih penggubah lagu muda, Iqie Hugh untuk berkolaborasi.

“Ini merupakan permulaan bagi projek-projek kami yang mendatang. Iqie juga turut terlibat dalam beberapa buah lagu yang akan dimuatkan dalam album penuh saya yang bakal dilancarkan pada Ogos nanti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hael Husaini




Dan sebagai langkah awal ke arah album penuh tersebut, lagu ‘Sama Seperti Dulu’ di bawah label Rocketfuel Network ini adalah trek pertama di dalam album yang akan memuatkan 10 buah lagu kelak.

Lagu ‘Sama Seperti Dulu’  mengajak pendengar kembali kepada genre muzik yang biasa dibawakan oleh Hael iaitu pop balada, namun pada kali ini ada sedikit sentuhan moden yang diterapkan dengan mengekalkan bunyi atau vibe lagu-lagu Melayu zaman sekarang agar kekal relevan dan mudah diterima oleh penggemar muzik tempatan.

“Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan lagu ini iaitu sekitar 3 bulan kerana Iqie dan saya agak sibuk dari penghujung tahun 2021 sehinggalah awal tahun 2022 atas urusan kerja masing-masing,” cerita Hael.

Menariknya, menurut Hael melalui lagu berkenaan beliau menceritakan sedikit kisah peribadinya bersama orang di sekeliling,

“Saya masukkan unsur-unsur kesetiaan dalam perhubungan yang menjadi tema lagu ini dan kalau pendengar selami bait-bait liriknya, apakah maksud kesetiaan dalam perhubungan? Berapa lamakah perhubungan itu, apakah ujian dan dugaannya, dan setelah melalui pelbagai rintangan dan dugaan, adakah perasaan itu masih ‘Sama Seperti Dulu’?” tambah Hael.



Teringat pula pertama kali penulis mengenali Hael yang ketika itu belum mempunyai nama dalam industri tetapi dijemput untuk bernyanyi di sebuah program RTM, ‘Santai Di Pantai’ (terbitan Zohara Gany Bathusha) dengan nama Sani di bawah label Wake The Baby milik komposer Ajai.

Ketika itu, Hael masih baharu tetapi tetap mesra dan ceria orangnya. Sehubungan itu jika diukur pada judul lagu ‘Sama Seperti Dulu’, penulis akui Hael Husaini yang dah popular sekarang tetap sama seperti dulu pada zahirnya.

“Kali ini, saya akan tunjukkan perjalanan sebuah perhubungan yang utuh, dari permulaanya sehinggalah hujung cerita. Ia menceritakan bagaimana sebuah hubungan itu berfungsi dalam kehidupan. Peminat wajib tonton kalau hendak tahu kesudahannya,”  Hael membayangkan.

Sambungnya, kejayaan yang dikecapi sekarang tidak datang  bergolek tetapi setelah bergelumang dalam bidang seni lebih dari 15 tahun, banyak yang dipelajariya.



Dari permulaan yang kurang diberi perhatian sehingga kini, menjadi salah satu pemain utama industri muzik Malaysia, tidak mudah bagi dirinya.

“Bagi saya, penting untuk sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Kita kena kawal emosi dan tenaga di sekeliling kita. Saya tidak gemar menjaja kisah berbentuk dugaan atau kenangan pahit.

“Saya juga tidak akan melenting dan memberi respons pada perkara yang kurang penting. Saya tidak mahu masa saya dibazirkan dengan berduka atau melayani isu-isu remeh. Jika saya terkesan sekalipun, saya memilih untuk berdiam diri dan alihkan perhatian dengan menulis lagu,” ujar Hael panjang lebar.

Tambahnya, beliau rasa seronok apabila berkarya kerana itulah cita-cita asalnya iaitu mahu kehadirannya dan rakan-rakan dalam industri hanyalah sebagai anak seni dan penghibur. 

“Kami berkarya dan mencari rezeki melalui hiburan. Jika apa yang kami hasilkan disukai dan dihargai, ia  satu kejayaan dan kepuasan buat kami,” akui pelantun lagu ‘Hajat’ ini.

Sesungguhnya hajatnya mahu mewarnai industri  tercapai apabila dua kali memenangi Anugerah Juara Lagu AJL untuk lagu ‘Jampi’ (AJL32) dan ‘Haram,’ pada AJL33.

Akhiri Hael menutup bicara, “Harapan saya tentulah menginginkan Sama Seperti Dulu berjaya seperti single-single terdahulu. Saya berdoa agar industri muzik kita dan karya-karya tempatan akan lebih maju dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi, ‘kita sokong kita’. Saya juga berharap muzik dapat memberi inspirasi dan terapi kepada semua pencinta dan penyokong muzik tempatan.” - KitaReporters


16
11
0
9
0
You will be interested