Seni & Sukan 27 Mar, 2022

Video| Allahu! Nabil berdakwah dalam berhibur! Amal solat 17 rakaat sebelum waktu subuh! Kenapa?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kredit foto-foto: IG Nabil Ahmad (@nabilzira)


SEMAKIN ramai insan seni kini berhijrah dengan meneruskan kehidupan lebih ke arah ketuhanan. Antara selebriti yang sudah menjalani kehidupan baru ialah pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad, 39.

Nabil diketahui sudah mendekati pergerakan dakwah sejak beberapa tahun lalu.
Namun tidak meninggalkan terus kegiatan seninya, sebaliknya menggunakan kegiatan seninya untuk berdakwah. Baginya cara itu adalah ruang yang baik untuk menyampaikan dakwah.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nabil Ahmad

Nabil terus menjadi hos program 'MeleTOP'

Nabil bersama hos bersama Sherry AlHadad

Kerana itu Nabil tetap akan menjadi hos program popular Astro, ‘MeleTOP’ dan ‘Gegar Vaganza’.
Dia berharap masyarakat dapat menilai cara penyampiannya dalam kegiatan seninya, yang kini tidak lagi 'gila-gila’ tetapi sebagai persembahannya lebih berisi.


Nabil bersyukur isteri dan anak-anak mula merestui dirinya kini banyak terlibat dalam kegiatan dakwah.

Nabil memberitahu cabaran yang paling sukar adalah membuatkan isterinya, Nazirah Ayob faham setiap kali meninggalkan rumah dengan tempoh masa yang lama.

"Maklumlah kalau dahulu saya sering menghabiskan masa bersama keluarga di rumah jika waktu cuti, tetapi sekarang ini lebih banyak keluar dan tinggalkan keluarga untuk tempoh lama.

"Saya ingatkan isteri bahawa ini adalah pengorbanan untuk bantu kita semua di akhirat nanti. Semoga Allah memberi ganjaran dengan pengorbanan yang sedikit ini," jelasnya.  

Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah Ayub pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, 10, Leyla Medina, 7, dan Mishall Imani, 3. 


Nabil bersyukur isteri dan anak-anak mula memberi sokongan untuk berdakwah

Sementara itu Nabil mempunyai cara tersendiri untuk menebus kembali ibadah wajib yang pernah ditinggalkan dahulu ketika ‘zaman jahiliah’, katanya.

Dia kini mengamalkan solat 17 rakaat setiap pagi sebelum masuk waktu subuh bagi menggantikan ibadah wajib itu.

Solat 17 rakaat yang dimaksudkan ialah solat fardu lima waktu iaitu subuh (2 rakaat), zohor, asar dan isyak masing-masing empat rakaat dan maghrib (3 rakaat).

"Ketika mula menyertai usaha sebarkan dakwah, saya memang jahil, mengaji al-Quran pun tidak pandai. Sering mendengar azan namun tidak ke masjid, tapi sekarang ini Allah berikan saya rasa kemanisan dalam Islam,” kata Nabil.



Sebagai salah satu cara mencari rezeki, Nabil kini berkongsi dengan rakan artis, Shaharul Ridzuan yang juga sudah berhijrah dengan membuka restoran ‘Western' dikenali sebagai Human Gang di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis pembukaan berlangsung pada Rabu, 23 Mac 2022 lalu. - KitaReporters

 
13
17
0
11
0
You will be interested