Seni & Sukan 12 Apr, 2022

Video| Allahuakhbar! Warga usung jenazah, berjalan kaki sejauh 8km! Musim hujan, jalan berlumpur!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

BEBERAPA warga sedang mengusung jenazah berjalan kaki sejauh lapan kilometer ke tanah perkuburan Desa Jipurapah, Jombang, Jawa Timur pada 5 April 2022. - Kredit foto : detiknews


AKIBAT jalan berlumpur kerana musim hujan, warga Desa Jipurapah, Plandaan, Jombang, Jawa Timur terpaksa mengusung jenazah dengan berjalan kaki sejauh lapan kilometer untuk mengebumikan mayat seorang penduduk kampung yang meninggal di tanah perkuburan pada 5 April 2022 lalu.

Viral video memperlihatkan ketabahan warga Dusun Kedung Dendeng memikul jenazah melalui jalan berlumpur di tengah-tengah hutan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengurusan jenazah

JENAZAH Rustam diikat di tempat mengusung. - Kredit foto : Tribunnews.com



Pada video berkenaan kelihatan lapan lelaki memakai kasut getah (boots) sedang memikul jenazah yang sudah diikat di atas keranda mayat

DetikJatim.com pada 8 April 2022 lepas dipetik melaporkan, mereka dalam kepayahan terpaksa melalui jalan berlumpur tebal itu yang tidak boleh dilalui sebarang kenderaan

“Ketika itu, mereka lupakan penat lelah kerana yang penting untuk mengebumikan mayat yang sudah meninggal dunia sehari itu,’’ kata seorang warga.

Ketika jenazah itu sedang diusung, beberapa warga lain sentiasa mengawasi mayat itu supaya tidak terjatuh dari tempat usungan berkenaan.


Kredit foto : TribunPapuaBarat.com 


Ketua Kampung Desa Jipurapah, Hadi Sucipto memberitahu jenazah yang meninggal dunia itu adalah Rustam, 57, berasal dari Dusun Kedung Dendeng.

“Allahyarham Rustam meninggal akibat sakit perut dan sebelum itu dia dibawa ke hospital pada malam 4 April 2022 tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Rustam meninggal dunia di Dusun Brangkal ketika menunggu ambulans datang mengambilnya untuk dibawa ke hospital tetapi Rustam sudah meninggal sebelum kenderaan hospital itu tiba,’’ kata Hadi.

Jarak antara Dusun Brangkal dengan Dusun Kedung Dendeng adalah lapan kilometer dan mayat Rustam yang meninggal di Dusun Brangkal terpaksa dibawa pulang pada keesokan pagi untuk dikebumikan di kampung halamannya. - KitaReporters


Kredit foto : detiknews


 

10
15
0
12
0
You will be interested