Seni & Sukan 04 Nov, 2020

Ayuh bantu Palestin! Hadapi keganasan Israel, wabak Covid-19

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

SEJAK dari dahulu lagi, rasanya Malaysia antara negara paling konsisten dalam dunia menyokong kemerdekaan dan pembebasan negara Palestin daripada mana-mana bentuk penjajahan dan keganasan rejim Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat. Dasar serta sikap terroris Tel Aviv terhadap Palestin senantiasa membakar jiwa dan semangat rakyat Malaysia. : KitaReporters



Terkini, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam kenyataannya memaklumkan, tindakan itu melalui Penyelesaian Dua Negara (Two-State Solution) berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Pendirian Malaysia amat jelas iaitu terus konsisten menyokong pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Pendirian Kerajaan Malaysia ini juga sedikit sebanyak dipengaruhi sentimen rakyat jelata yang mahukan Palestin diiktiraf sebagai negara berdaulat secepat yang mungkin.

Walaupun tanpa sokongan atau pertolongan pihak kerajaan, masyarakat di Malaysia terbukti berjaya menggerakkan pelbagai badan bukan kerajaan, kelab, persatuan dan gerakan untuk mengumpul dana memberi bantuan kepada penduduk Palestin yang tertindas.



Berkat kerja kuat, istiqomah dan bersungguh-sungguh ini, maka ramai penduduk Palestin yang mengenali dan mencintai Malaysia tanpa pengetahuan kita.

Kita mengharapkan pihak pemerintah Malaysia akan terus menggunakan kuasa yang ada untuk mendesak ke arah sebuah negara Palestin berdaulat dan bebas daripada mana-mana ancaman serta keganasan kuasa jahat khususnya rejim Tel Aviv.

Setidaknya, negara-negara kaya dan berpendapatan sederhana harus berganding bahu membantu para penduduk Palestin yang memerlukan bantuan walaupun ketika dunia berhadapan pandemik Covid-19.

Kita sedih melihat ada antara penduduk Palestin yang sudah merana akibat kesan keganasan dan pencabulan hak-hak asasi manusia mereka, kini tiba-tiba dibebani lagi dengan situasi pandemik Covid-19 ini.



Justeru, seperti mana semangat rakyat di Malaysia yang cukup prihatin terhadap Palestin, adalah lebih baik juga untuk semua negara kaya sebagai contoh mengorbankan sedikit kekayaannya memberi sumbangan kepada penduduk Palestin pada kala mereka ditimpa pelbagai musibah.

Antaranya adalah dengan menyalurkan bantuan peralatan dan ubat-ubatan termasuk vaksin Covid-19 secara percuma kepada semua penduduk Palestin yang dinafikan hak kedaulatan mereka.

Mana-mana negara kaya boleh berganding bahu membeli vaksin tersebut dan mengedarkan kepada penduduk di Palestin sebagai salah satu tanda solidariti kita kepada sebuah Palestin yang berdaulat!


0
0
0
0
0
You will be interested