Seni & Sukan 22 Oct, 2020

Jom sertai Little Huffaz! Kanak-kanak seluruh dunia dipelawa

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

BAK peribahasa Melayu, nak ‘Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya’  yang membawa maksud mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. Sehubungan itu, langkah siri animasi kartun Islamik, ‘Omar  & Hana’ menganjurkan pertandingan hafazan al-Quran ‘Liffle Huffaz’ melalui platform digital merupakan langkah terbaik dan harus dicontohi. : KitaReporters 



Lagi cerita-cerita berkaitan al-Quran:

https://kitareporters.com/search?search=al-Quran


Ya, berikutan kejayaan kempen permulaan hafazan al-Quran ‘Mini Little Huffaz’  yang pertama kali diadakan untuk kanak-kanak pada bulan September 2020 lalu, ‘Omar & Hana’ meneruskan pertandingan hafazan ke peringkat antarabangsa pula.

Terdahulu, pertandingan ‘Mini Little Huffaz’ berjaya menarik 260 penyertaan dari 17 negara berbeza termasuk dari Indonesia dan Great Britain.



Terbaharu, dengan penganjuran ‘Little Huffaz’, ia  bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di seluruh dunia menghafal al-Quran serta menanam rasa cinta terhadap ayat suci al-Quran.

Dibahagikan kepada dua kategori umur iaitu 3 dan 4 tahun serta 5 hingga 8 tahun, setiap peserta dikehendaki memilih surah mengikut senarai kategori umur masing-masing dan kemudian memuat naik rakaman video hafazan melalui laman web rasmi ‘Little Huffaz atau laman media sosial.

Siapa agaknya juri-juri yang akan membuat penilaian? Tentu adik-adik nak tahu kan?

Peserta bakal dinilai oleh barisan juri tempatan dan antarabangsa termasuklah Mufti Ismail Menk, Ustaz Yusuf Mansur, Ustaz Don Daniyal, Furqan Fawwa, Qari Youssef Edghouch (Morocco) dan Mimi Jamilah dari Indonesia.


 

Furqan Fawwa (atas), Youssef Edghouch (tengah) dan Mimi Jamilah (gambar bawah).



Penilaian setiap penyertaan akan berdasarkan hafalan, kefasihan, tajwid, dan kreativiti. 

Apa hadiahnya pula?

Hadiah kemenangan bagi pertandingan ini merupakan wang tunai bernilai AS$500 dan piala untuk tempat pertama, AS$350 untuk tempat kedua, AS$250 untuk tempat ketiga, AS$150 untuk tempat keempat manakala AS$100 untuk tempat kelima.

Setiap pemenang juga akan menerima barangan eksklusif Omar & Hana serta e-sijil.

Wow! Lumayan juga kan apabila dibayar dalam dolar Amerika gitu. Nak tahu jumlahnya korang kenalah ikut harga pertukaran nilai mata wangnya nanti ya. 

Apa pun jika ada adik-adik yang berminat, pendaftaran sudah pun dibuka sehingga 6 November 2020 depan. Bolehlah suruh ibu bapa masing-masing tolong mendaftarkan nama ya.



Caranya mudah sahaja, calon yang berkelayakan boleh mendaftar di laman ohlilittlehuffaz.com dan terus ke halaman 'Cara

Menyertai' untuk menghantar penyertaan. 

Terdapat lima peringkat bagi pertandingan ini, iaitu:

* Peringkat  1: Peserta menghantar video hafalan

* Peringkat  2: Pemilihan 40 peserta terbaik

* Peringkat  3: Pemilihan 20 peserta terbaik

* Peringkat  4: Pemilihan 5 peserta terbaik

Masih samar-samar? 

Apa kata dapatkan maklumat lanjut di laman media sosial rasminya sama ada langgan ke saluran YouTube ‘Omar & Hana’ atau layari laman web ohlittlehuffaz.com.

Untuk rekod, siri animasi 'Omar & Hana' ini telah dinikmati kanak-kanak dan ibu bapa dari 50 buah negara seperti pecah pada rajah di bawah ini.

Good luck adik-adik! - KitaReporters



5
0
0
0
1
You will be interested