Seni & Sukan 23 Sep, 2020

GV7 bukan untuk bersaing! Noraniza pejuang irama Malaysia!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SEBUT sahaja nama Noraniza Idris, pasti ramai yang terbayangkan muzik irama tradisional seperti Dikir Puteri dan Dondang Dendang. Pernah berduet dengan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui lagu berjudul Hati Kama, Noraniza Idris atau lebih mesra disapa Kak Ani, sememangnya dikenali sebagai pejuang muzik tradisional Melayu. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Gegar Vaganza:

https://kitareporters.com/search?search=gegar+vaganza


Walaupun industri muzik hari ini melahirkan penyanyi dengan pelbagai irama baharu, namun Kak Ani tetap teguh dan setia mempertahankan irama tersebut.

Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam, perjuangan wanita dari Kluang, Johor ini sudah lama terpateri di sanubarinya. Sesuatu yang harus dibanggakan!

Kak Ani tidak pernah putus asa dalam memperjuangkan irama tradisional.



Biarpun namanya kian pudar dan tenggelam di sebalik populariti penyanyi-penyanyi baharu, bukan bermakna perjuangan telah terhenti. Namanya masih gah, cuma kurang dikenali dalam kalangan generasi baharu.

Justeru, program realiti seperti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) dilihat pentas terbaik untuk dia kembali menyinar dan dikenali generasi muda sekali gus memperkenalkan irama tradisional.


Nah bukti, perjuangan Noraniza Idris tidak pernah terhenti! Penyanyi seperti inilah yang layak disanjung dan diberi penghormatan. 

Noraniza antara 14 peserta GV7 yang baru diumumkan pada Selasa, 22 September 2020. Namun menurut Noraniza, penyertaannya dalam program tersebut bukanlah untuk bersaing, sebaliknya untuk memperjuangkan muzik irama tradisional.

“Alhamdulillah syukur atas sokongan dan segala semangat positif yang diberikan. Jujur GV7 bukan tempat untuk Kak Ani bersaing tapi ini adalah platform terbaik untuk terus memperjuangkan muzik irama tradisional. InshaAllah ada generasi baru pula akan kenal dan minat nanti!” jelasnya.

Penyertaannya dalam GV7 tidak lain tidak bukan adalah untuk memperkenalkan irama tradisional kepada generasi baharu.



Sementara itu, rakan-rakan seperjuangan turut memberi kata-kata semangat dan sokongan seperti Fauziah Latiff, Rohana Jalil dan Haiza Hanafi.


GV7 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober 2020 di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya dan disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD pada setiap Ahad, 9.00 malam. - KitaReporters

Kredit foto: gempak.com

0
0
0
0
0
You will be interested