Seni & Sukan 17 Nov, 2022

Video| Janna Nick umum dirinya single balik? Cerita berpisah dengan teman lelaki hangat diperkata!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Janna Nick dan Dini Schatzmann

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick, 27, membayangkan hubungan cinta sejak  Jun 2019 dengan pelakon berdarah kacukan Dini Schatzmann, 28, telah berakhir. 

Janna membayangkan perkara itu dalam hantaran Instagramnya pada Selasa 15 November 2022. 

"Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya," tulis Janna Nick.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon dan penyanyi Janna Nick


Cinta Janna Nick dan Dini Schatzmann hanya bertahan lebih 3 tahun


Ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila Janna seakan-akan memberi gambaran sudah berpisah dengan teman lelakinya, Dini dalam hantaran yang dimuat naik dalam laman Instagramnya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, menulis nota berbaur kekecewaan dan mengatakan cintanya telah berakhir. Pelakon ini juga dilihat turut menutup ruangan komen.




Sebelum itu, Janna ada memuat naik sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang seolah-olah menjelaskan status terbaharu dirinya.  

Dalam video itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Janna, berusia 27 tahun, single (bersendirian) dan tidak suka membuka bungkusan sambal.

Status dimuat naik aktres ini membuatkan peminat terkejut namun mendoakan hubungannya dengan Dini, 28, dalam keadaan baik. Malah, ada yang berpendapat ia hanya lakonan semata-mata.


/

 

/


"Seriuslah Janna Nick dah kembali single. Semoga yang baik-baik buat awak."Single itu bujang, bukan single tiada kekasih," komen peminat dalam TikTok.

Sementara itu, hasil tinjauan, Janna sudah ‘unfollow’ Instagram Dini, namun aktor itu masih mengikuti akaun Janna.Janna dan Dini gagal dihubungi pihak media untuk mendapat pengesahan lanjut.

Hubungan cinta kedua-dua pelakon ini mula terjalin  semasa sama-sama menjalani penggambaran drama ‘Bukan Cinta Aku’ pada Julai 2018. - KitaReporters


 
16
13
0
15
0
You will be interested