Seni & Sukan 27 Dec, 2022

Video| Berehat beberapa bulan! Hampir gila tak jumpa anak-anak! Lebih hargai kehidupan! - Nad Zainal

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PELAKON Nad Zainal,34, menyifatkan pengalaman ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital KPJ, Ampang selama sebulan akibat paru-paru berdarah membuatkan dia lebih menghargai kehidupan.

Melalui sesi 'live' dalam aplikasi TikTok pada Sabtu, 24 Disember 2022, Nad berkata, dia akan lebih berhati-hati dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala pada masa depan.  

Dia juga mengambil keputusan berehat daripada kerjaya lakonan buat sementara waktu untuk beberapa bulan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Nad Zainal


Dalam sesi 'live' hampir 40 minit itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengaku hampir gila kerana tidak dapat berjumpa dua anaknya,  Fahad Ibrahim,6, dan Budi Kalsom, berusia setahun sepanjang dirawat.

Dia selalu berfikir bilakah dapat balik, malah ingatkan tidak dapat balik lagi sehingga dia hampir gila kerana tidak dapat berjumpa anak-anak.

Tambahnya, doktor terkejut melihatkan perkembangan kesihatan jika dibandingkan ketika dimasukkan ke hospital. Dia sedar ramai yang memerlukan dirinya terutama anak-anak.

Melihat ibu dan ayahnya yang bersusah payah berulang alik ke hospital melawatnya serta rakan-rakan yang susah hati menjadikan dia bersemangat dan kuat untuk kembali sihat.


Nad Zainal rindu sebulan tak ketemu anak-anak



Nad tidak tahu penyakitnya serius dan tidak sedar apa yang berlaku ke atas dirinya. Dia hanya tahu apa yang terjadi selepas keluar dari hospital.

Dia berterima kasih dan sangat menghargai keprihatinan rakan-rakan kerana meluangkan waktu menziarah. 

Lebih membuatkan dia rasa sangat terharu apabila rakan artis mengambil insiatif menubuhkan tabung bantuan untuk kewangannya bagi membayar kos rawatan.

Antara insan yang dia cukup berterima kasih dan dianggapnya sebagai teman sejati ialah rakan seninya Ungku Ismail Aziz. Ungku Ismail bukan sahaja menziarahnya di wad, juga turut memuatkan perkembangan terkininya dalam laman sosial.


Ungku Ismail kini teman rapat Nad Zainal


Malah Ungku Ismail adalah antara insan seni yang menubuhkan tabung kecemasan Nad Zainal untuk membiayai kos hospital dan perbelanjaan kehidupannya untuk beberapa bulan.

Tabung Kecemasan Nad Zainal yang dimula pada hujung November 2022 dan ditutup pada 12 Disember berjaya mengutip sumbangan RM270,000.

Sementara itu, Nad menafikan dia mengalami simptom Covid-19 berpanjangan serta menghadapi masalah buah pinggang sehingga memerlukannya menjalani rawatan dialisis.

Dia turut menafikan penyakitnya berpunca daripada pengambilan makanan tambahan. Dan dia juga tidak tahu apakah punca hingga terjadinya paru-paru berdarah.

Ditanya mimpi dialami sepanjang berada di ICU, Nad berkata kisah itu akan dikongsi dalam sesi lain pula. - KitaReporters

8
11
0
18
0
You will be interested