Seni & Sukan 27 Nov, 2022

Video| Video panas: Ismail Izzani mengaku salah! Mohon maaf! Minta semua doakan terbaik buat dirinya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penyanyi Ismail Izzani, 22, akhirnya tampil membuka mulut dengan mengakui kesilapan dirinya dan akan sentiasa ingat di mana dia berdiri sebagai seorang manusia biasa.

Ia susulan video dalam aplikasi TikTok yang memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajah Ismail Izzani sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan dan memegang gelas dipercayai mengandungi minuman keras menjadi tular.


Lagi


Ismail Izaani mohon maaf akan kekhilafannya


"Kepada semua, apa pun saya bergerak ke hadapan dan memperbaiki diri. Biar hanya keluarga dan rakan tahu, itu sudah lebih daripada cukup. 

"Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana orang ramai tidak akan mengambil berat mengenai perkara betul atau salah. Dan, saya tidak mahu membuang masa mengenainya.

"Saya mengakui kesilapan saya. Sebagai manusia biasa, saya akan sentiasa beringat di mana saya berdiri. Buruk atau baik, saya masih menjadi diri sendiri. 

"Jika ada yang mahu menganggap melarikan diri, teruskan. Saya hanya tidak mahu membuang masa untuk menerangkannya kerana ia adalah kesilapan saya," katanya menerusi  menerusi hantaran laman sosial, Instagram (IG) Story miliknya.


Ismail (kanan) bergegas meninggalkan SFMM37 selepas berduet dengan Naim Daniel kerana enggan bertemu dengan media

Tambah Ismail, dia tidak kisah mengenai apa yang orang hendak bercakap mengenainya sebaliknya ahli keluarga tahu apa yang dia lakukan. Ismail yang berharap tiada pihak mencampuri urusan peribadinya ekoran kontroversi tersebut.

Dalam hantaran berasingan, anak bongsu kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam dan Datuk Zainal Nazeri ini pada Sabtu, 26 November 2026 memuat naik foto sedang memegang pasport seolah-olah ingin membawa diri atau pergi bercuti ke luar negara.

Namun tidak dapat dipastikan ke mana destinasi dituju penyanyi lagu 'Luar Biasa' ini.



Sebelum itu, Ismail enggan bertemu media selepas persembahannya bersama Naim Daniel menerusi lagu 'Habis Sini' pada Separuh Akhir Muzik Muzik 37 (SFMM37) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada Sabtu, 26 November 2022 bagi menjawab soalan berhubung kontroversi yang sedang melanda dirinya ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusannya dan penyanyi ini dilaporkan sudah pulang walaupun SFMM37 masih berlangsung.

Menjelaskan dakwaan dia melarikan diri daripada pihak media, Ismail berkata, dia tidak mahu membuang masa menjelaskan perkara tersebut kerana dia sudah mengakui kesalahannya.

"Ingin saya jelaskan, saya tidak lari daripada anda (media). Jika anda ingin kata saya lari daripada media, teruskan. Saya tak mahu buang masa menjelaskan kerana saya mengaku kesalahan saya," katanya.



Ismail turut memohon maaf dan meminta semua mendoakan yang terbaik buat dirinya. Bagaimanapun tambahnya, dia tidak boleh berjanji namun akan berusaha menjadi lebih baik buat dirinya sendiri.

"Doakan yang baik-baik ya. Saya minta maaf untuk semua kesalahan yang saya lakukan. Saya tak boleh janji apa-apa tetapi saya akan jadi lebih baik buat diri saya sendiri. Ini kehidupan saya, perjalanan hidup saya," katanya.

Terdahulu, video kontroversi berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermirip Ismail seperti dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah. 

Lelaki itu juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya dipercayai dalam keadaan 'lalok'.


Video kontroversi di mana lelaki itu didakwa mirip Ismail Izzati


Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram Ismail diserang oleh netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bermoral.

Tidak hanya Ismail, malahan ibunya Suliza turut diserang oleh netizen sehingga sanggup meninggalkan kata-kata kurang enak terhadapnya kerana membela anak kesayangannya itu.



Kira-kira empat tahun lalu,  Ismail pernah dikecam kerana berpelukan dengan seorang pelakon wanita di kelab malam.

Ismail  sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi Shalma Eliana, namun kedua-duanya mengumumkan telah putus hubungan cinta pada awal November 2021. - KitaReporters


12
7
0
17
0
You will be interested