Seni & Sukan 26 Aug, 2022

Video| Tahniah Wawa Zainal! Peroleh pendapatan lebih RM2.5j dalam 24 jam! 90k tudung Wawa terjual!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PELAKON yang kini usahawan berjaya, Wawa Zainal, 31, bersyukur koleksi tudungnya yang dikenali sebagai Wawa Scarve Wawa Floral Garden Edition habis terjual dalam tempoh kurang daripada 24 jam ia dilancarkan pada Selasa, 23 Ogos 2022 lalu.

Sebanyak 90,000 tudung terjual dan memberi pendapatan lebih RM2.5 juta. Bagi Wawa, ia bukti sokongan pelanggan setianya selain menyifatkan itu adalah rezeki daripada Allah.




"Alhamdulillah, untuk keluaran pertama ini sudah habis terjual. Bohong kalau saya cakap tak letakkan harapan tinggi tetapi apabila perkara itu menjadi kenyataan saya bersyukur sangat. 

"Bermula dengan 20,000 helai, kemudian 50,000 sehingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi," kata Wawa Zainal atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin.


Bagi isteri kepada pelakon dan usahawan Aeril Zafrel ini, percaya dalam setiap rezekinya terselit untuk orang lain dan perkara itu cuba ditanamkan dalam perniagaan berkenaan.
"Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, Insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada," katanya.

Keluaran terbaharu Wawa Scarve itu adalah eksklusif dan sesuai dijadikan hadiah kepada insan tersayang. Harga sehelai ialah RM28. - KitaReporters


7
13
0
10
0
You will be interested