Seni & Sukan 22 Aug, 2022

Video| Bukan main menari, kami tunggu result video! Pelancong minta rakam video menari di Langkawi!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


Perkongsian video seorang wanita mengenai gelagat sekumpulan pelancong yang dipercayai dari India di Langkawi yang meminta untuk merakam video mereka mengundang tawa orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang bernama @na9403, menunjukkan kumpulan pelancong terbabit meminta seorang lelaki merakam video namun apa yang menjadi tumpuan gelagat mereka yang menari secara tiba-tiba apabila rakaman video mula dibuat.


Lagi cerita-cerita menarik yang dikatakan melucukan



"Shooting MV Hindustan oleh videographer tidak berbayar,” kongsinya dalam laman aplikasi TikTok.

Rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi dan amat terhibur dengan gelagat sekumpulan pelancong itu serta menantikan hasil suntingan video itu dimuatnaikkan.



“Dekat mana nak tengok hasilnya Cik. Saya amat berminat untuk tengok,” kata @anothertoktokaccurgh.

“Macam kena pula lagu dengan tarian dia,” ujar @zulhidayah82.

“Comel sahaja mereka. Nak tengok hasil suntingan,” kongsi @MasRejab. - KitaReporters


11
15
0
17
0
You will be interested