Seni & Sukan 08 Feb, 2024

Semoga berjaya! 66 atlet KUIPs sertai Kejohanan Sukan IPT Islam Malaysia (SUPTIM) ke-20! Di UniSHAMS!

@kuips corp comm
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) ditubuhkan pada 17 Jun 2013 dengan pengambilan pertamanya pada 15 Mei 2014 dengan jumlah pelajar seramai 61 orang untuk dua program pengajian, iaitu Asasi Muamalat dan Diploma Perbankan Islam. Boleh emel: kuips.corpcomm@gmail.com

Share this


Atlet lelaki KUIPs yang mengambil bahagian di kejohanan SUPTIM itu nanti berbual dengan Rektor. 

Seramai 66 atlet dan tujuh jurulatih Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menyertai kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) Kali Ke-20 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) pada 10 hingga 14 Februari 2024 ini.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle menyerahkan bendera kejohanan kepada Ketua Kontijen yang juga Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr Mohd Aizul Yaakob di Dewan Auditorium KUIPs Kampus Kuala Perlis pada 7 Februari 2024.


Pasukan SUPTIM KUIPs bergambar bersama Rektor selepas majlis penyerahan bendera.

Atlet lelaki menunjukkan isyarat bersedia untuk turun gelanggang.


Terdahulu dalam ucapan sempena majlis penyerahan bendera ini, Prof Dr Muhamad Rozaimi berharap semua atlet yang mengambil bahagian dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan yang akan disertai 13 kontijen lain yang mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan.

“Jagalah kesihatan masing-masing sambil bersukan dan merihatkan badan selain daripada berjuang untuk meraih kejayaan dalam kejohanan sukan yang diadakan setiap dua tahun sekali ini,” ujar beliau pada majlis itu.

Tujuh pasukan dari KUIPs yang akan menyertai kejohanan ini ialah pasukan bola sepak, futsal, ping pong, badminton, bola jaring, memanah tradisional dan catur. - KitaReporters/KUIPs


Siswi KUIPs pastinya tidak sabar untuk menyertai SUPTIM ke-20.
Siswi KUIPs juga bersemangat untuk menyertai SUPTIM. 

12
12
0
9
0
You will be interested