Seni & Sukan 07 Feb, 2024

Video| Bahagia jadi anak tunggal orang kaya! Majlis ulang tahun ke-17 RM1j! Hadiah kereta RM600k!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Tali Kasih menerima hadiah berupa kereta mewah daripada ayahnya. - Kredit foto: IG Talikasih

Bahagia menjadi anak jutawan dan apatah lagi anak tunggal pula kerana mampu menjalani kehidupan mewah yang diiri banyak pihak.

Begitulah yang dialami Tali Kasih, gadis Palembang, Sumatera Selatan yang masih belajar di Tingkatan Lima.

Ayahnya Nedi Suwiran, seorang pengusaha yang  bertaraf jutawan sanggup menyediakan belanja Rp3 miliar (sekitar RM1 juta) untuk majlis ulang tahun (di Indonesia disebut Ultah) yang ke-17 Tali Kasih.

Majlis berlangsung di dewan mewah iaitu di The Sultan Convention Center Palembang pada Ahad, 28 Januari 2024 lalu.

Tali Kasih bersama ayahnya dan hadiah kereta mewahnya. - Kredit foto: IG Talikasih

Pelbagai acara diadakan dengan penyediaan makanan mewah dan para tetamu pula diberi cenderahati yang cukup bermakna. Sebahagian tetamu adalah rakan-rakan sekolahnya.

Pada majlis mewah itu, si ayah turut memberikan satu lagi hadiah cukup bermakna bagi Tali Kasih. Ia berupa sebuah kereta sports Toyota Supra berwarna mewah bernilai Rp2 miliar (kira-kira RM600 ribu).



Sebelum menjadi usahawan berjaya, Nedi Suwiran adalah  Ketua Kampung (Kades) Sungai Ketupak, Kabupaten (Daerah) Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan selama 3 penggal sehingga 2019. 

Sebagai anak kesayangan, Tali Kasih juga sering bercuti di luar negara sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan.

Bagi menyambung pengajiannya Tali Kasih diberi pilihan belajar di luar negara selain universiti utama di Indonesia.


Tali Kasih memberi lambaian kepada para tetamu. - Kredit foto: IG Talikasih

Memiliki ijazah bukan untuk mencari pekerjaan sebaliknya sebagai memberi pengiktirafan bagi Tali Kasih yang akan mewarisi perniagaan bapanya.

Dengan kedudukan sebagai waris perniagaan jutawan, Tali Kasih cuba didekati ramai lelaki. Namun si ayah terus mengawasi pergerakan Tali Kasih agar tidak jatuh ke tangan lelaki hidung belang.
Majlis ulang tahun (ultah) ini tular di Indonesia setelah Tali Kasih memuat naik video dan foto dalam Instagramnya. - KitaReporters

 
11
13
0
13
0
You will be interested