Seni & Sukan 30 Oct, 2023

Video| ASGV: Akhirnya Kau Pergi Jua, Zamani! Aliff kian merosot! Liza terus mantap! Hady menyerlah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Sudah sampai masa, Zamani terpaksa melangkah pergi

Lagu ‘Kau Pergi Jua’ benar-benar memberi makna apabila Zamani Slam terpaksa ‘pergi jua’ dalam minggu ke-6 All Stars Gegar Vaganza (ASGV). Manakala Aliff Aziz sudah semakin merosot persembahannya dan nampaknya sudah berada dalam radar penyingkiran.

Juri Datuk Shafinaz Selamat berkata Zamani adalah penyanyi yang baik, namun dia tidak mampu memperlihat kemampuan menyanyi yang baik ketika menyampaikan lagu ‘Kau Pergi Jua’.


Aliff Aziz kini dalam radar penyingkiran bagi minggu-minggu akan datang

Penonton di rumah dapat jelas mendengar penafasannya tidak lancar. Sudah beberapa minggu Zamani berada dalam senarai tiga terbawah. Dan Zamani sudah dapat merasakan dirinya bakal menjadi peserta ke-5  yang akan tersingkir selepas Cliff Umar, Suki Low, Datuk Aishah dan Ayai Ilusi. 

Kini perhatian tertumpu siapakah peserta yang bakal tersingkir. Adakah peserta yang sudah berada alam radar atau peserta yang tidak dijangka.

Aliff pula gagal memikat juri ketika menyampaikan lagu rock ‘Arjuna’ yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa 19. Ketua juri Datuk Ramli MS menganggap nyanyian Aliff berterabur menyebabkan banyak markah ditolak.



Sementara itu, ASGV atau Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) yang memasuki minggu ke-6 ini sudah sampai di pertengahan jalan dan ia memerlukan para peserta memantapkan persembahan jika ingin melangkah ke peringkat akhir yang jumlahnya mungkin enam sahaja.

Memasuki minggu ke-6 memperlihat berlaku perubahan kedudukan sebahagian besar peserta. Liza Hanim memperlihatkan kehebatannya dengan mampu menjadi juara dua minggu berturut-turut.


Liza Hanim semakin memperlihat bakat nyanyiannya

Liza mampu mengolah dengan baik lagu ‘Rembulan’ yang dipopular oleh Kridayanti dan ia menarik perhatian juri Hetty Koes Endang.

Hady Mirza berjaya menduduki tempat kedua seperti yang dialami pada minggu ke-2. Hady pernah berada dalam kedudukan kurang selera pada minggu ke-4 apabila menduduki tangga ke-8 atau tempat ke-4 terakhir.

Juri juga tertarik usaha Hady menyampaikan lagu ‘Hati’ di luar cara disampai penyanyi asalnya Hael Husaini.

Hady Mirza kembali memperlihat kebolehannya

Azharina kembali menjadi perhatian para juri

Azharina Azhar mendengar nasihat juri pada minggu ke-5 dan berjaya memberi persembahan memikat ketika menyampaikan lagu ‘Bilang Saja’ yang dipopular oleh Agnes Monica. 

Jaclyn Victor berjaya lepas dari kedudukan tiga terbawah dengan melompat ke tangga ke-4. Naqiu juga berjaya kembali memperbaiki prestasinya dan mampu menduduki tangga ke-5.

Noryn Aziz sudah dua kali berada dalam senarai tiga terbawah. Kedudukan Noryn terlihat goyang untuk melangkah ke peringkat akhir. 

Noryn Aziz perlu bekerja keras jika tidak mahu tersingkir pada minggu-minggu ke depan

Sementara itu persembahan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos tetap menghiburkan walaupun ada ketikanya menyelitkan gurauan yang dianggap segolongan pihak agak ‘over’. - KitaReporters

Gandingan mantap Nabil Ahmad dan Jihan Musa sebagai hos ASGV

Keputusan lengkap All Stars Gegar Vaganza minggu-6:

01. Liza Hanim (76.75 mata)

02. Hardy Mirza (76.05)

03. Azharina Azhar (75.25)

04. Jaclyn Victor (71.75)

05. Naqiu (70.75)

06. Tomok (69)

07. Nikki Palikat (67.25)

08. Siti Nordiana (64.75)

09. Ezad Lazim (64.05)

10. Noryn Aziz (63)

11. Aliff Aziz (62)

12. Zamani Slam (56.05) - tersingkir

8
15
0
11
0
You will be interested