Seni & Sukan 07 Sep, 2023

Peluang menangi tiket Konsert Lima Rukun! Hanya menerusi laman rasmi Zayan sehingga 12 Sept 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Para peminat muzik nasyid tempatan berpeluang menang tiket untuk menyaksikan Konsert Lima Rukun, dari sekarang sehingga 12 September 2023, menerusi laman rasmi Zayan. 

Konsert Lima Rukun akan berlangsung pada 8.30 malam, 15 September 2023 di Zepp Kuala Lumpur.

Di Konsert Lima Rukun, peminat Zayan boleh menyaksikan persembahan menarik yang menggabungkan penyanyi dan kumpulan-kumpulan nasyid tempatan termasuk Daqmie, Rabbani, Hijjaz, Inteam dan Mestica. 

Peminat juga boleh menghayati lagu-lagu nasyid terbaik bersifat ketuhanan dan segar malar yang akan dipersembah mengikut iringan muzik daripada Orkestra Traditional Malaysia. 

Menangi tiket dengan langkah mudah berikut:

Layari Zayan.syok.my dan klik ‘Konsert Lima Rukun’ pada pautan ‘Peraduan’.

Isi maklumat peribadi dan lengkapkan slogan: “Zayan perlu memilih saya untuk menang tiket Konsert Lima Rukun kerana …” (tidak melebihi 20 patah perkataan).

Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling menarik dan kreatif. 

Untuk maklumat lanjut, layari Zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial Zayan. - KitaReporters/Kenyataan Media


10
14
0
12
0
You will be interested