Seni & Sukan 19 Sep, 2022

Video| Terbaiklah kak! Nasi ambeng RM6! Portion banyak! Peniaga jual harga lama! Walaupun kos naik!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


TINDAKAN seorang peniaga nasi ambeng mengekalkan jualan pada harga RM6 meskipun berlaku kenaikan kos barangan pada masa kini mendapat pujian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @pujanggaberbicara, menunjukkan peniaga tersebut bukan sahaja mengekalkan harga murah malah meletakkan ‘portion’ nasi serta lauk yang banyak sehingga boleh makan seramai 3 orang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi



“Kak, berbaloi ke jual RM6 sebungkus? Insya-Allah ada rezeki akak. Ada lebih. Itulah jawapan Ikhlas Kak Ida. Pemilik Nasi Ambeng di Sijangkang

“Konsep Kak Ida adalah 3M iaitu Mewah, Meriah & Murah. Portion besar. Kali terakhir beli sebungkus terpaksa makan 3 orang. Semoga Allah murahkan rezeki Kak Ida dan perniagaan makin laju,” kongsinya.

Meninjau dalam ruangan komen, pengguna media sosial memuji peniaga itu yang tidak hanya memikirkan untung dengan niat bersedekah serta mendoakan perniagaanya semakin maju.



“Subhanallah murah rezeki kakak ini, banyak beri nasi dan tidak kedekut,” ujar @nurmanasuk.

“Kalau harganya RM6 maknanya dia bersedekah” kata @NasrulSapri.

“Aduhai sudah lama tidak makan nasi ambeng ini. Banyak nasi dan lauknya, semoga murah rezeki kakak,” jelas @Elly123. -  KitaReporters


19
14
0
10
0
You will be interested