.
Di Malaysia, kita bangga dan teruja dengan sambutan hebat terhadap filem animasi ‘Ejen Ali The Movie 2’ (EATM2) yang telah mendapat kutipan lebih RM50.7 juta dan telah ditonton lebih 3 juta orang di pawagam. Dan ia bakal menghampiri sasaran kutipan RM60 juta.

‘Jumbo’ bergenre fantasi pengembaraan yang mula ditayang pada 31 Mac 2025 sempena Hari Raya Aidilfitri dan sehingga awal Jun 2023 telah menarik lebih 10 juta penonton atau tepatnya 10,171,154.
Ia mendatangkan pendapatan kira-kira Rp360–380 miliar (anggaran) atau USD$26 juta (kira-kira RM110 juta). Dan ia telah mengatasi tontonan filem seram (horror) terbitan 2022 ‘KKN di Desa Penari’ dengan 10,061,033 penonton.

Filem animasi ‘Jumbo’ arahan pelawak yang juga animator Ryan Adriandhy mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan.
Produksi ‘Jumbo’ dimulai pada April 2020 dan dikeluarkan oleh Visinema Pictures. Ia melibatkan 200 tenaga kerja penghasil (creator).Antara insan seni terkenal yang terbabit sebagai pengisi suara ialah Ariel Noah dan Bunga Citra Lestari (BCL).
Film ‘Jumbo’ mengisahkan seorang anak yatim piatu bernama Don berusia 10 tahun, Dia selalu diremehkan kerana tubuhnya yang besar. Don mempunyai sebuah buku dongeng peninggalan orang tuanya yang penuh ilustrasi dan cerita ajaib.


Jika filem animasi ‘‘Ejen Ali The Movie 2’, bakal ditayang di Indonesia mulai 26 Jun 2025, dan pada tarikh yang sama juga filem animasi ‘Jumbo’ juga bakal menerjah pawagam di Malaysia.
Ia adalah pencapaian cemerlang bagi anak muda Ryan Adriandhy yang berjaya melakukan perkara menakjubkan untuk 'Jumbo' sebagai sutradara.
