Seni & Sukan 16 Jul, 2022

Demi filem Mat Kilau! 260 pelajar serbu Mesra Mall, Kemaman! Kelab Remaja ISMA tempah 2 pawagam!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


BIARPUN lebih tiga minggu berada di pawagam, filem yang mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan masih mendapat sambutan hangat daripada pelbagai pihak.

Tidak mustahil  filem terbitan Studio Kembara itu terus menguasai tayangan di pawagam dengan kutipan terkini mencecah RM80 juta selepas 25 hari tayangan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan filem Mat Kilau


Kredit foto-foto: FB Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman, Trg


Terbaharu Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Kemaman, Terengganu berjaya mengumpulkan lebih 260 orang bagi menyaksikan filem Melayu terhebat dekad ini.

Majoriti yang hadir menyaksikan tayangan filem berkenaan terdiri daripada pelajar sekolah menengah di sekitar Kemaman.

Menariknya, dua panggung wayang di Mesra Mall, Kerteh itu ditempah khas untuk meraikan pelajar-pelajar berkenaan bagi mendedahkan sejarah Melayu dan perjuangan kemerdekaan.

Kesemua mereka tiba di Mesra Mall, Kerteh seawal jam 3 petang, meskipun tayangan bermula jam 5 petang selepas solat asar. 



Rata-rata pelajar yang menyertai menzahirkan rasa  teruja untuk menyaksikan tayangan filem yang menjadi fenomena di seluruh negara itu.

Pengerusi KRIM Kemaman, merangkap pengarah program, Amir Izuddin berkata, waktu tayangan tersebut telah dirancang bermula jam 5 dan berakhir jam 7 petang.

“Kita sudah rancang awal program ini di bawah anjuran KRIM dan Pemuda ISMA Kemaman. Namun kita pastikan juga remaja-remaja kita tidak mengabaikan solat asar dan maghrib, ia lebih mudah kerana kami telah pun menempah dewan tayangan lebih awal,” katanya.


Kredit foto-foto: FB Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kemaman, Trg


Filem terbitan Studio Kembara itu terus mendapat sambutan luar biasa daripada penonton meskipun sudah 25 hari tayangan.

Sejak mula ditayangkan, filem yang diinspirasikan daripada sejarah benar tanah air itu telah mencetuskan fenomena dan membangkitkan semangat kepahlawanan apabila ramai yang berbusana Melayu dan bersilat ketika hadir ke pawagam.

Filem yang menelan kos RM8 juta itu dibarisi ramai pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhian. - KitaReporters


 

 

17
10
0
6
0
You will be interested