Seni & Sukan 04 Aug, 2022

Video| Cabaran mekap buah-buahan! Solek dengan buah tular dalam medsos! MUA Malaysia bila lagi?

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this


DUNIA solekan ternyata tidak kurang inovatif dan penuh kreativiti apabila artis solekan ini sering kali tampil dengan pelbagai teknik merias wajah masing-masing.

Pernah bukan melihat bersolek diinspirasikan daripada gula-gula, kuih-muih malah pohon kayu-kayuan?

Nah… trending dalam media sosial ketika ini adalah sesuatu yang tidak kurang menarik iaitu cabaran bersolek menggunakan buah-buahan (#fruitmakeupchallange)

Malah bukan sekadar terinspirasi daripada rona buah-buahan tetapi terus menggunakannya sebagai alatan solekan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buah-buahan


Khabarnya, cabaran ini dimulakan oleh pempengaruh dari Ukraine yang menggunakan nama Molchanovamua, 20, yang menggunakan 100 peratus buah-buahan segar sebagai alat solek.

Idea ini serta-merta laris dalam media sosial berkenaan sejak dua tiga hari ini apabila cabaran itu juga disambut oleh pemilik akaun lain seperti Gabrielle Alexis yang dengan mudah videonya meraih lebih 19 juta tontonan.

Dalam video berkenaan Gabrielle, 24, dari Amerika Syarikat menggunakan pisang sebagai celak mata, buah ceri pula menjadi pemerah pipi dan beri hitam dijadikan gincu bibir. 

Hasilnya tidak kurang menarik dan nampak semula jadi. Apatah lagi dengan penggunaan bahan semula jadi seperti itu tentu tanpa sebarang bahan kimia, bukan?



Pempengaruh ini juga menunjukkan cara tatarias berkenaan iaitu untuk celak pisang harus dibakar hujungnya untuk mengeluarkan arang dan dioles pada hujung mata.

Buah ceri yang tentu sahaja sangat natural pigmen semula jadinya disapu pada pipi. Manakala beri hitam pula seolah-olah menjadi liptint yang sempurna pada bibir.

Idea berkenaan menerima pujian melambung dalam kalangan netizen dalam media sosial berkenaan.

“Make up halal,” kata seorang pengikutnya.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan rasionalnya menggunakan buah-buahan ini untuk bersolek sebagai rutin.

“Tak melekit ke,” pertikai netizen.



Cabaran ini turut disahut oleh pempengaruh berasal dari Korea Selatan, Sunny Dahye, 32, yang meniru tatarias Gabrielle dengan menggunakan buah-buahan yang sama. Video itu mendapat lebih 2.7 juta tontonan dalam Tik Tok.

Sekarang kita tunggu MUA (makeup artist) dari Malaysia pula mungkin ada yang ingin menyahut cabaran ini. - KitaReporters


9
11
0
8
0
You will be interested