Seni & Sukan 26 Jul, 2022

Sambut Maal Hijrah 1444 dengan TV1! Tonton drama Panggung RTM, Bukan Khadijah! Satu penghijrahan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Yusuf: Ayat 53).

Berdasarkan kepada surah itu, sempena meraikan sambutan Maal Hijrah 1444 yang bakal hadir pada 30 Julai 2022 ini, unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (UDTV RTM) menerbitkan sebuah drama penghijrahan mengisi slot Panggung RTM bertajuk “Bukan Khadijah”. 

Drama arahan Ekien Zainal bergenre suspen romantik ini mengangkat kisah penghijrahan seorang gadis ‘kasar’ yang merupakan penderita masalah “Retrograde Amnesia” dan berusaha mengutip cebisan memorinya hingga berjaya merungkai siapakah dirinya yang sebenar.?

Namun, segala kebenaran itu begitu pedih hingga dia tidak sanggup untuk mengingati memori silamnya yang dicemari titik gelap. Kebenaran demi kebenaran terbongkar membuatkan hidupnya diselubungi sengsara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan drama-drama



Apakah anda pernah menghadapi situasi serupa atau mengenali seseorang yang ada persamaan dengan Khadijah?

Apa pun apa kata ikuti kisah hidup Khadijah yang ditampilkan dalam drama khas ‘Bukan Khadijah’  pada 30 Julai 2022 ini, pukul 9 malam menerusi RTM TV1, menampilkan  barissn pelakon utama Shakilla Khoriri, Azrel Ismail, Laila Nasir, dan Sahronizam Noor selain turut dibantu oleh Esma Daniel, Yuyun Hikmah, dan Najua P. Ramlee

Menjalankan penggambaran di beberapa tempat menarik sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Terengganu pada bulan Jun 2022 lalu, ‘Bukan Khadijah’ akan membawa penonton mengikuti jalan cerita kehidupan Khadijah yang terganggu dek dirinya sentiasa diekori seroang lelaki.

Siapakah lelaki itu? Kebenarannya terbongkar lelaki itu adalah suaminya sendiri iaitu Azlan. 



Kisahnya, Khadijah mengalami amnesia disebabkan kemalangan ketika berbulan madu di pulau, kepala Khadijah terhantuk jatuh perahu dan dia disahkan mengidapi masalah amnesia. 

Sewaktu Khadijah sedar dari koma selepas tiga bulan, beliau tidak mengenali Azlan. 

Azlan yang terlalu menyayangi Khadijah mengaku dia yang mengatur ‘kehidupan baru’ Khadijah dengan memastikan keadaan Khadijah semakin baik dan dia tidak mahu Khadijah terkejut dengan kehadiran suami yang tidak diingatinya. 

Khadijah banyak bertanyakan tentang dirinya yang lalu. Khadijah dahulunya seorang gadis berpewatakan kasar yang dibuang oleh keluarga. Penyakitnya membuatkan Khadijah sukar mengingati masa silamnya. 

Namun, Khadijah dibawa pulang ke kampung ditemani Azlan. 

Berita kepulangan Khadijah disambut dengan pelbagai reaksi daripada adik angkatnya, Rina; ibu kandungnya, Salmah dan Baha, bapa tirinya. Pendek kata, Khadijah disambut dingin oleh keluarga.



Salmah menyatakan Khadijah tak layak pulang selepas terbongkar perbuatan kotornya dulu namun Khadijah

tidak mengerti ‘perbuatan kotor’ apa yang dimaksudkan ibunya.

Sebelum pulang Khadijah cuba berjumpa dengan ibunya lagi tetapi Rina halang dan mendedahkan perbuatan kotornya dahulu. 

Khadijah malu dan berasa jijik dan tertekan. Barulah dia faham siapa dia dirinya dan mengapa dia dihalau dari pulau itu. 

Mujur ada Yati, sahabat baik Khadijah di sekolah dulu yang berjaya membongkar rahsia siapakah dalang yang menyebabkan Khadijah dibuang oleh keluarga.



Namun derita Khadijah tidak berakhir di situ kerana ada seseorang yang terdekat dengan Khadijah juga cuba membalas dendam terhadapnya. Siapakah dalang tersebut? 

Okey cukup setakat itu ya.. Nak tahu konklusinya apa kata tandakan kalendar anda pada 30 Julai 2022 kelak.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. - KitaReporters


16
12
0
13
0
You will be interested