Seni & Sukan 07 Aug, 2022

Ayuh Keluarga Malaysia! 1 Rumah 1 Jalur Gemilang! Terengganu lancar kempen Bulan Kemerdekaan Ke-65!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


Hanafiah Mat (tengah) bersama jemputan mengibar Jalur Gemilang sempena pelancaran Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilag Peringkat Negeri Terengganu pada 4 Ogos 2022.


SAMBUTAN Hari Kebangsaan Ke-65 mula dirasai rakyat Malaysia selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 yang berlangsung di Putrajaya pada 30 Julai 2022 lalu. 

Sambutan bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” turut disokong oleh Negeri Terengganu apabila melancarkan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sempena Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Terengganu.

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu yang mempelopori program itu dilihat  sebagai satu usaha murni untuk mengajak rakyat negeri tersebut menyahut dan menyertai pelbagai aktiviti sepanjang tempoh sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2022 ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bulan Kemerdekaan

Hanafiah menyerahkan Jalur Gemilang kepada seorang Pengerusi KRT yang mewakili daerah Kemaman


JPNIN Terengganu menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jentera Perpaduan seluruh negeri mula menggerakkan kempen kibar jalur gemilang di rumah dan premis masing-masing.

Majlis pelancaran kempen tersebut dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat  yang turut dihadiri Pengarah JPNIN Terengganu, Mohd Rosli Alias.

Hanafiah berucap ketika pelancaran Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Terengganu pada 4 Ogos 2022.


Majlis yang berlangsung di Pusat Aktiviti Perpaduan Mak Dayang, Kemaman, pada 4 Ogos 2022 lalu itu turut disertai warga kerja Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan komuniti pelbagai kaum. 

Sempena pelancaran program itu, simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada Wakil Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah dan Pegawai Perpaduan Daerah turut diadakan. 

Selain itu, penyampaian sumbangan RT Care kepada komuniti terpilih dan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang dari rumah ke rumah sekitar Bandar Cukai, Kemaman turut diadakan.  


Hanafiah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pegawai Perpaduan Daerah Besut Nor Almizan Mahmod.


Hanafiah berharap seluruh warta Terengganu sama-sama memupuk dan menyuburkan rasa cinta terhadap tanah air yang kita sayangi ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing.

“Bagi menyokong kempen itu Kerajaan Negeri meluluskan peruntukkan RM10,000 kepada JPNIN untuk menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 ini,” katanya. - KitaReporters


Hanafiah memasang Jalur Gemilang di sebuah rumah penduduk Bandar Cukai

 

10
20
1
12
0
You will be interested