Seni & Sukan 13 Aug, 2025

JaCieEffects tular, hangat! Pelakon utama Hilang Dalam Rindu meletup! Tracie Sinidol dan Jazmy Juma!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

Fenomena baharu sedang melanda dunia drama Melayu apabila gandingan Tracie Sinidol dan Jazmy Juma mencipta gelombang peminat tempatan serta luar negara, termasuk Indonesia. Chemistry mereka yang diberi gelaran #JaCieEffects kini menjadi bualan hangat dalam media sosial, memikat hati penonton dengan lakonan penuh emosi dan keserasian yang memukau. - KitaReporters



Fenomena baharu sedang melanda dunia drama Melayu apabila gandingan Tracie Sinidol, 23, dan Jazmy Juma, 27,  mencipta gelombang peminat tempatan serta luar negara, termasuk Indonesia. 

Chemistry mereka yang diberi gelaran #JaCieEffects kini menjadi bualan hangat dalam media sosial, memikat hati penonton dengan lakonan penuh emosi dan keserasian yang memukau.

Drama 'Hilang Dalam Rindu' yang diadaptasi sepenuhnya daripada novel popular ini disuntik dengan elemen naratif ala Wattpad, sekali gus mengekalkan jalan cerita asal tanpa babak meleret atau adegan klise yang berlebihan.

Di bawah arahan mantap Along Kamaluddin, setiap episod berjaya membawa penonton hanyut dalam kisah cinta tulus  yang penuh warna rasa yang menyentuh hati.

Kejayaan drama ini bukan sahaja melonjakkan populariti barisan pelakon, malah mencatat jualan novel mencecah 31,500 naskhah dalam masa singkat, menandakan sambutan hangat yang diterima.

Fenomena ini membuatkan ada penonton yang sebelum ini jarang mengikuti drama Melayu, sanggup berjaga hingga jam 5 pagi untuk maraton episod tanpa henti.



Walaupun kedua-duanya masih baharu dalam industri, Tracie dan Jazmy mempamerkan keserasian yang mengagumkan. Babak romantik mereka yang sederhana namun berkesan memberi rasa seolah-olah penonton menyaksikan kisah cinta sebenar yang terjalin antara mereka.

Tracie turut menerima pujian kerana menjaga batas lakonan sambil menghidupkan watak Aira Nadira yang kompleks dengan penuh penghayatan, sekali gus membuktikan bakatnya yang versatil.

Penonton turut membanjiri media sosial dengan pelbagai komen yang memuji skrip yang tepat mengikut novel serta mengakui bahawa gandingan Tracie dan Jazmy adalah antara faktor utama yang membuatkan drama ini begitu memikat. 

Ada juga yang berseloroh bahawa mereka meninggalkan tontonan sinetron Indonesia buat sementara waktu demi mengikuti kisah 'Hilang Dalam Rindu'.

Antara reaksi dan komen peminat yang mencuit hati:

  • “Sorry sinetron Indonesia... kita nonton ini dulu 😂 Ramai juga orang Indonesia yang follow 😭💓”
  • “SUMPAH BEST GILA! Tapi sayangnya novel belum sempat beli lagi  Chemistry Tracie dan Jazmy memang padu 🦋💗”
  • “Cerita ni memang ikut novel sepenuhnya. Skrip pun sangat tepat 😍Love it!”
  • “Suka sekali dengan drama ini salam manis dari Indonesia Kalimantan Tengah.



‘Hilang Dalam Rindu’ mengisahkan Aira (lakonan Tracie) yang hilang ingatan selepas koma dan kemunculan Eijaz (Jazmy), lelaki yang bergelar suaminya membuatkan kehidupan Aira bertambah bingung.

Drama ini yang sudah pun bermula tayangannya. sejak 17 Julai 2025 terbitan Suhan Movies, masih boleh ditonton setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Malah bertambah menariknya, apabila drama ini diringi lagu popular,  ‘Lebih Baik Berpisah’ nyanyian penyanyi yang sedang viral bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Bella Astillah diringi bersama komposer Indonesia, Ade Govinda. - KitaReporters


15
13
0
12
0
You will be interested