Seni & Sukan 06 Oct, 2024

Bella Astillah tekad untuk move on! Terus cari kebahagiaan bersama anak-anak! Tapi Bukan Denganmu!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


Bella bersama dua anaknya yang turut dibawa 'berlakon' dalam video muzik 'Tapi Bukan Denganmu'.


“Bahagiaku… tapi Bukan Denganmu..’ secebis lirik daripada judul lagu ‘Tapi Bukan Denganmu’ hasil tulisannya sendiri membayangkan isi hati penyanyinya, Bella Astilah, 30, dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan peribadinya.

Satu ‘Malaya’ maklum kisah keruntuhan rumah tangga yang dialami penyanyi kelahiran Sabah dengan nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ini setelah perceraiannya dengan penyanyi dari kota ‘Singa’, Aliff Aziz terpaksa dinoktahkan.

Bella pernah memfailkan perceraian pada Mei 2019, namun membuat keputusan untuk rujuk kembali ketika dalam tempoh iddah. Pun begitu, pada Jun 2024, Aliff Aziz melafazkan talak satu setelah Bella sekali lagi memfailkan cerai.

Sepanjang tempoh perkahwinan mereka dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan, Mohamed Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.

Tidak mahu menoleh ke belakang lagi, Bella yang tampil dengan karya terbaharu ciptaan komposer popular Sharon Paul., “Tapi Bukan Denganmu’ membayangkan bakal melalui fasa kebahagiaan sebagai ibu tunggal.

“Lagu ini merupakan sebuah karya yang dekat di hati Bella kerana liriknya Bella yang tulis sendiri. Ia begitu istimewa,” ujar Bella membuka bicara pada majlis pelancaran muzik video lagu terbaharunya, “Tapi Bukan Denganmu’ di Aurum Theatre, TRX baru-baru ini.



‘Tapi Bukan Denganmu’ sudah pun berada dalam semua platform digital manakala video muziknya pula dapat disaksikan dalam YouTube sejak 4 Oktober 2024 lalu.

Saat ditanya tentang proses rakaman, Bella memeberitahu bahawa ada beberapa kali pertukaran dilakukan pada lirik lagu. 

“Dari segi gaya dan melodi, kak Sharon telah mengikuti permintaan Bella dan Bella memang sukakan irama lagu ini. Jadi lirik yang ditulis memang pilihan Bella sendiri. 

"Cuma, proses penulisan telah memakan masa yang agak lama kerana Bella asyik menukar lirik. Tapi Alhamdulillah, selesai juga akhirnya,” cerita Bella jujur.

Menurutnya, beliau rasa cukup selesa bekerjasama dengan Sharon Paul yang tidak pernah marah tetapi mengikut sahaja apa permintaannya.

“Kak Sharon terbuka menerima idea dan sentiasa membantu saat masuk studio rakaman. Beliau menerima segala kekurangan Bella sebagai seorang penyanyi dan membenarkan Bella menjadi diri sendiri,” tambah Bella yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah siri drama TV.

Sambungnya, itu antara sebab kenapa beliau suka bekerjasama dengan orang lama memandangkan mereka sangat berpengalaman dan tahu cara menjaga hati dan mengekalkan mood penyanyi semasa proses rakaman.


Bella dan anak-anaknya bersama barisan pelakon video muzik "Tapi Bukan Denganmu'. Dari kiri: Syed Saddiq, Elie Suriaty, Bella, Muaz Zabir dan Faizul Syaharin.



Lebih istimewa lagu ini juga menampilkan sebuah video muzik yang telah diarah oleh Bella sendiri, malah Bella sempat menjemput rakan baiknya, ahli politik, Syed Saddiq sebagai 'cameo' memegang watak seorang doktor.

“Saya nak lagu ni ‘sampai’ ke hati dan dapat diterima dengan baik oleh para peminat dan pendengar lain. Semoga apa yang terbuku dalam lagu ini dapat menyentuh emosi yang mendengar, dan moga-moga mampu menjadi sebuah lagu galau,” bingkas Bella sambil mengakui ada sebahagian daripada plot dan lirik lagu diilhamkan daripada pengalaman hitamnya sendiri

Beliau berharap ‘Tapi Bukan Denganmu’ yang menceritakan kisah kekeluargaan mampu memberi semangat kepada sesiapa yang berdepan situasi sama agar terus maju dengan tekad bahawa kebahagiaan sebenarnya adalah keluarga dan bukannya kekayaan atau perkara lain. - KitaReporters



11
13
0
16
0
You will be interested