Seni & Sukan 17 Sep, 2022

Video| Mas Idayu berlinang air mata! Selepas Sufian selesai lafaz akad! Ditenangkan oleh anaknya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

  

Sufian sah menjadi suami Mas Idayu dengan sekali lafaz

Mas Idayu terharu selepas akad dilafaz dan ditenang oleh anaknya.


PENYANYI dangdut veteran Mas Idayu, 50, berlinang air mata dan terpaksa ditenangkan oleh anak tunggalnya, Nur Dayini Asyiqa sebaik sahaja Muhd Sufian Mat Isa, 51, yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3, selesai melafazkan akad nikah hanya sekali pada jam 10.40 pagi Jumaat, 16 September 2022 di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Perjalanan Mas Idayu ke pelamin diiringi sahabat yang juga penerbit TV3, Nurul Huda Khalid. Mas Idayu terharu kerana berjaya menjadi isteri buat kali kedua setelah 16 tahun menjanda.



Mas Idayu atau nama sebenarnya Mas Idayu Mesnun, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun @ Mesnun Hassan.

Pada majlis itu, Sufian yang merupakan duda dua anak, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima dulang kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pembawa dulang hantaran pengantin perempuan diketuai oleh anak perempuan Mas, Nur Dayini Asyiqah. Angka 1001 sinonim dengan Mas Idayu dengan turut diabadi dalam laman Instagramnya @masidayu1001.  

Antara barang hantaran yang diserahkan pihak pengantin lelaki berupa beg tangan, barangan solekan dan wangian, jam tangan dan kek.



Pasangan pengantin bersama anak-anak

Majlis bertemakan fairytale dan Inggeris itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.

Sementara itu, Mas dan Muhammad Sufian akan diraikan dalam majlis resepsi yang turut diadakan di tempat sama  pada malamnya.

Pasangan ini dijangka akan ke Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu selama dua minggu.



Perkahwinan pertama Mas Idayu ialah dengan pelakon Aman Graseka pada 1987 tetapi bercerai pada 1997 dengan menghasilkan zuriat, Nur Dayini Asyiqa yang kini sudah berusia 25 tahun.

Setelah tidak dapat mengadakan perkahwinan meriah dalam perkahwinan pertama dahulu, Mas Idayu cuba merancang perkahwinan mewah bagi perkahwinan keduanya dengan mendapat tajaan lebih RM7 juta.



Mas Idayu dalam pertemuan dengan media selepas majlis bersyukur majlis berjalan lancar dan telah ditemukan dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya.

Menurut penyanyi dangdut ini, Sufian (Pian panggilannya) walaupun mukanya kelihatan garang, tetapi sebenarnya ceria dan pandai buat lawak.

Cinta Mas Idayu dan Suffian berputik melalui program ‘Lagu Cinta Kita’ edisi 2 di mana masing-masing terlibat sebagai juri dan penerbit eksekutif. 

Mas Idayu berharap perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat. - KitaReporters



15
10
0
18
0
You will be interested